Assalamualaikum~
Tak ada manusia yang sempurna. Kalau pun di lihat sempurna dari luaran, belum tentu mereka sempurna dari dalam. Walau pun di lihat sempurna pada mata manusia atau orang lain, belum tentu mereka sempurna di mata Allah.
Semakin meningkat usia, semakin aku faham makna sebenar kesempurnaan.
Aku tidak sempurna. Tapi aku sentiasa cuba muhasabah diri. Bukan untuk menjadi sempurna, kerana aku tahu aku tak mampu, tapi diharap aku mampu menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya. Dan mengingatkan diri supaya sentiasa mensyukuri nikmat yang ada. Sentiasa berterima kasih dengan pemberian walaupun ia sebesar zarah.
Dulu aku selalu merungut
" kenapa dia macam tu, kenapa aku macam ni "
" kenapa dia lebih, kenapa aku kurang "
" kenapa dia ada, kenapa aku takda "
Walhal ada hikmahnya kenapa dia begitu dan aku begini, bersyukurlah dengan kurang/sedikit dari tiada langsung. kenapa dia ada, kenapa aku takda hikmahnya mungkin Allah mahu aku sentiasa berusaha, berdoa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada selain jauhkan aku dari sifat riak. Dan mereka yang aku fikirkan sempurna itu juga ada kekurangan dan tidak sempurna.
thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)