Bila dah penghujung sem ni, benda yang paling ditakutkan ialah :
Laptop bermasalah a.k.a motherboard rosak ke, hard disk rosak ke kan. Time last-last minit pulak engkau (laptop) minta kena servis ke format ke kan. Dengan assignment tengah beratur menunggu giliran deadline. Dah la kalau motherboard rosak, servis dia makan masa sebulan ++ kot. Time last-last minit macam ni mana ada orang yang bermurah hati nak pinjamkan laptop. Diorang pun sibuk dengan kerja last minit diorang. Memang bolayan la makannye. Sangat mencabar kewarasan.
Assignment tetiba hilang. haaa.. yang ni agak pelik (selalunya masalah hard disk jugak ni). Berlaku bila dah 'due' nak hantar assignment tu. Masa awal-awal buat, tak nak hilang la pulak kan. Lagi paling best bila tak sempat nak backup file assignment tu. Memang engkau akan duduk meratapi nasib malang sambil menyumpah seranah assignment yang hilang tanpa sempat ucap bye-bye. (actually menyumpah diri sendiri sebab kenapa tak buat backup file !!)
Kerja tak sempat nak save tetiba laptop ter'mati' dengan sendiri sebab terlalu 'panas'. Mana taknye kau buka laptop 3 hari berturut-turut non-stop tanpa rehat semata-mata mengejar deadline. Takpun tengah buat kerja tetiba blackout tanpa sempat korang save file assignment. seryes naya..
Jatuh sakit a.k.a demam, selsema, cikenpop, sakit mata tepat-tepat time korang nak final presentation atau assessment. Homangai.. Stresss !! Aku sakit mata kot.. esok final presentation satu dari kos minor aku. Alamak.. time ni la nak sakit mata bagai. Engkau ingat lecturer boleh terima ke engkau buat presentation dengan pakai sunglasses hitam bajet-bajet cool depan diorang. ngaaaa ~
Pusat Sejahtera USM memang tak kedekut ubat. Banyak kot. Makan ke tidak entah ni.
Tak sempat siap assignment mengikut deadline. Masalah ni sebenarnya boleh di elakkan dengan rajin-rajinkan diri buat kerja awal-awal kan. tapi peratus mereka yang rajin buat assignment awal memang 10 % jela.. Lagi-lagi aku, memang tak ada la nak buat kerja awal. Kerja last minit memang dah sebati dalam jiwa ni. Bila dah kelam kabut baru nak menyesal sebab tak buat kerja awal-awal. Lepas tu berazam tak mahu lagi buat kerja last minit lagi. Tapi next assignment macam tu jugak. Azam entah kemana.
Banyak lagi sebenarnya, masing-masing pun mesti ada pengalaman sendiri. Ada yang boleh dielak dan ada juga memang dah ditakdirkan begitu (macam sakit). Itu memang tak boleh elak la. Tapi selalunya masalah memang kita yang cari sebenarnya. Ekeke..
Bye !
p/s: menaip sambil mengalir air mata sebab sakit mata. Yang baca entry ni agak-agak boleh berjangkit tak..? heee ~
thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)