Saturday, April 14, 2012

Jenis Darah Dan personality di Korea

Assalamualaikum ~


Tau kah korang, masyarakat Korea dan Jepun sangat mementingkan jenis darah seseorang bagi menilai keperibadian seseorang itu. Haaaa.. Kalau nak berkawan ke especially untuk menjalinkan hubungan , mereka akan bertanyakan jenis darah berbanding zodiak ke tahun kelahiran ke kan. So jangan pelik lah kalau ada orang Korea atau Jepun yang bertanyakan jenis darah korang.


Untuk masyarakat Malaysia pulak, jenis darah tak penting pun untuk menjalin sesebuah hubungan. Dan jangan terkejut, ada je orang Malaysia yang tak tau jenis darah mereka sendiri. haha.. Dapat tau jenis darah sendiri pun bila mereka menderma darah. Kalau tak, harammmmm.. sampai bila-bila malas nak ambil tau jenis darah sendiri.


Kat bawah ni aku nak sharekan dengan korang makna disebalik darah A, B, AB, O. Tak payah la terlalu ambil pusing sangat pasal jenis darah ni. Just suka-suka je oke. Quite interesting actually..


Darah jenis A - Baik hati, teliti, mementingkan kesempurnaan

Sifat positif : Konservatif, menepati masa, pemalu, diam-diam ubi berisi, penyabar, mementingkan            
                       kesempurnaan, berhati-hati
Sifat negatif : Degil, bersifat keterlaluan, ragu-ragu pada diri sendiri, mudah bosan

Orang jenis darah A boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang bertimbang rasa, penyabar, dan mementingkan kesempurnaan dalam segala hal (sangat keterlaluan). Oleh itu mereka kebiasaannya suka merancang sesuatu perkara secara terperinci sebelum membuat keputusan. Mereka sangat degil, dan sangat berhati-hati dalam segala hal. Mereka juga sangat sukar berpuas hati dan serius dalam hidup.

Mereka juga jenis yang malu-malu dan ragu-ragu dalam satu-satu situasi contohnya berada ditempat baru atau suasana baru. Mereka sangat sensitif dan sentimental apabila dikaitkan dengan perasaan. Mereka tak mudah menipu. Mereka juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang perahsia dan tidak berapa suka berkongsi/bercerita masalah dan perasaan mereka dengan orang lain. Mereka ingin kelihatan tabah dan kuat walaupun hakikatnya mereka mempunyai sisi lemah didalam. Sering hanyut dalam mimpi sendiri.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Mereka terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Mereka boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah atau kecewa. Memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai dan sensitif kepada pandangan orang lain

Bagaimana mereka bekerja?
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, mampu membezakan antara kerja dan peribadi dan sangat bertanggungjawab. Memilih hobi yang mampu membantu mereka menenangkan perasaan.

Siapa yang berdarah A?

Big bang G Dragon

Lee Hyo Ri

CNBlue Jung Yong Hwa

Girls Generation SeoHyun

Lee Min Ho


Darah jenis B - Menyerlah, Menarik, Berterus terang

Sifat positif : Penyayang terhadap haiwan, kreatif, fleksibel, individualistik, optimistik dan bersemangat serta
                      bersungguh-sungguh
Sifat negatif : Pelupa, tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri

Dirujuk sebagai 'pemburu', Darah jenis B mempunyai sifat yang sangat bebas dan cenderung untuk tidak mengambil berat tentang apa yang orang lain fikir tentang mereka. Walaupun sering digambarkan sebagai lemah, pemalas, dan kurang sabar, mereka juga boleh menjadi sangat bersungguh-sungguh dengan apa yang mereka suka.

Mereka tergolong dalam kalangan orang yang periang, memiliki semangat dan mempunyai aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Pantas membuat keputusan dan boleh menjadi sangat fleksibel serta tidak kisah pada peraturan. Mereka cenderung untuk cemerlang dalam segala hal berbanding dengan pencapaian yang biasa-biasa sahaja. Mereka juga cenderung hidup dalam dunia mereka sendiri dan mengabaikan perkara-perkara lain. Mereka juga sebenarnya tidak berminat untuk mempunyai hubungan peribadi dengan ramai orang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun mereka selalu bergurau tetapi mereka juga boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja?

Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

Tahukah korang
Lelaki berdarah jenis B mempunyai reputasi buruk di Korea. Mereka beranggapan lelaki berdarah B seorang yang tidak boleh dijadikan sebagai suami kerana digambarkan sebagai "player" serta dilihat sebagai seorang yang mementingkan diri, cepat marah (panas baran) dan tidak boleh dipercayai. urmmm.. Walaubagaimanapun, imej nakal mereka mampu mencairkan hati wanita. Reputasi buruk ni hanya untuk lelaki berdarah B sahaja, yang perempuan berdarah B tidak berkongsi reputasi buruk ni. Sebab.? tak dapat dikenal pasti. ngeee ~



Siapa yang berdarah B?


 Big Bang T.O.P

 Hyun Bin (Secret Garden)

 Kim Hyun Joong

 Big Bang Taeyang

Girls Generation Yoona

Darah jenis AB - Berbakat, Tenang, Rasional

Sifat positif : Tenang, terkawal, tegas, pendiam, empati dan rasional
Sifat negatif : Menyendiri, kritikal, ragu-ragu dan tidak bertimbang rasa.

Dirujuk sebagai 'humanis'. Sukar untuk mengkategorikan mereka yang berdarah jenis AB kerana mereka mempunyai kedua-dua ciri darah jenis A dan B didalamnya. Mereka kadang kala pendiam dan pemalu dan kadang kala friendly dan outgoing. Mereka sering dilihat sebagai mempunyai personaliti yang pelbagai kerana mereka sering beralih daripada satu personaliti ke personaliti yang lain. Mereka seolah-olah mempunyai 2 personaliti, satu untuk orang dibahagian "luar" dan satu lagi untuk orang dibahagian "dalam". Apabila mereka sedang berseronok bersama rakan, mereka juga perlu masa bersendirian untuk memikirkan hal diri sendiri. Mereka juga selalu memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam (overthink). 

Dilihat sebagai seorang yang tidak bertimbang rasa kerana terlalu tegas. Mereka yang berdarah jenis AB selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Mereka juga suka menyendiri. Selain itu, mereka sangat bagus menguruskan kewangan. Walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala mereka juga bersikap talam dua muka. Pada masa yang sama, mereka yang  berdarah jenis AB sangat sensitif dan sangat berhati-hati

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja?

Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami tetapi tidak terlalu bertanggungjawab dan tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

Tahukah korang
Masyarakat Korea biasanya mengkategorikan orang yang berdarah jenis AB sama ada seorang yang genius atau seorang yang bodoh



Siapa yang berdarah AB?

 2PM Taecyeon

 FT Island Lee Hong Ki

After School Uee 

Super Junior Kim Hee Chul 

Girls Generation Yuri

Darah jenis O - Sosial, Aktif, Yakin

Sifat positif : Bercita-cita tinggi, bersemangat, teguh dan mempunyai keyakinan diri.
Sifat negatif : Angkuh, tidak sensitif, kejam dan cuai

Dirujuk sebagai 'pahlawan'. Mereka mempunyai personaliti yang menyerlah dan bakat untuk memimpin orang lain. Kesungguhan dan kejujuran adalah antara ciri-ciri terbesar mereka yang berdarah O. Mereka yang berdarah O mudah mendapat kawan walau dimana sahaja mereka pergi dan mempunyai kemahiran sosial yang besar. Walaupun mereka sentiasa tertanya-tanya tentang banyak perkara, mereka juga jenis yang mudah bosan. Orang yang berdarah O mampu menaikkan mood ceria dalam sesebuah kumpulan dan mengambil peranan sebagai seseorang yang mampu mewujudkan keharmonian dikalangan ahli lain. Ini kerana mereka sendiri adalah seorang yang ceria dan riang.

Orang lain mungkin melihat mereka seperti seorang yang tenang dan terkawal, tetapi mereka juga tergolong dalam orang yang cuai. Mereka cenderung memulakan sesuatu perkara, tetapi jarang menghabiskan perkara yang mereka mulakan itu. Mereka juga cenderung menjadi seorang kekasih yang sangat obses dengan cinta. Kelebihan yang harus dipuji ialah mereka tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Positif tentang masa lampau, oleh itu mereka tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Mereka selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus..

Bagaimana mereka bekerja?
Berkeupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin. Mereka yang berdarah O sering mengabaikan perkara terperinci.

Siapa yang berdarah O?

                                                                      Big Bang Daesung 

                                                                    JYJ Micky Yoochun

                                                              Girls Generation Taeyeon

                                                                                Bi Rain

                                                                        SHINee Onew



PASANGAN DAN DARAH

A paling serasi dengan A dan AB

B paling serasi dengan B dan AB

AB paling serasi dengan AB, B, A dan O      <--------- untung laaa... ekeke

O paling serasi dengan O, dan AB




p/s: saya AB.. anda..?



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Friday, April 13, 2012

My Bias..?

Assalamualaikum ~


So far korang ada tak minat someone/celebrity/retis yang agak melampau.? Takda..? Ada...? Haaa... Aku tak suka ada feeling minat someone/celebrity/retis yang melampau ni. Aku boleh cakap, if I fall in love, aku akan jadi seorang yang angau 24 hours.. like seriously. Semua benda takleh buat ni.. asyik nak mengadap je.. hahah.. kronik tak..? Tapi aku tak pernah lagi la feeling angau ni, sebab tak pernah bercinta secara serius..hahah.. tuiii !


Oke, aku tak nak cakap pasal hati dan perasaan pun. Aku cuma nak share dengan korang pasal artis-artis yang pernah aku minat gila babun. Minat gila babun but sekejap je. Aku takda la plak minat meleret2 sampai makan masa bertahun-tahun. Standard la kan,  korang pun mesti ada minat kat artis jugak kan..


Seingat aku, Artis pertama yang aku minat ialah Hairie Othman. Minat masa dia berlakon dalam filem Leftenan Adnan. Lepas dari tu aku mula la sibuk men'searching' siapa dia, drama dan filem lakonan-lakonan dia yang dulu-dulu. Masa tu aku sekolah lagi kot (dalam tahun 2000), so mana la aku tau nak guna internet bagai. Aku tak ingat macam mana cara aku "google" pasal dia time tu, tapi itu lah, segala cerita kat newspaper pasal dia, aku compile kan dalam satu fail.. gila gigih.. kekekke..


Lepas aura Hairie Othman ni hilang, Aku beralih pula kat hero Indonesia .. Jauh perginya, terus nak yang oversea tau, Tommy Kurniawan. Time ni pun sekolah lagi. Aku tak sure la korang kenal ke tak Tommy Kurniawan ni, tapi siapa-siapa yang memang layan sinetron tu tau la kot Tommy Kurniawan ni. Dulu-dulu kat rumah aku dapat channel dari Indonesia macam RCTI, SCTV, TPI. So dari situ dapat tengok macam-macam sinetron dari sana. Aku tak sure Tommy Kurniawan ni ada appear tak kat sinetron yang ditayangkan kat Malaysia. Tengah-tengah searching gambar dia ni, terjumpa info dia dah jadi ayah dah.. wahh.. Entah bila dia kahwin..

Tommy Kurniawan

Aku pernah minat kat Gerard Way. Vokalis My Chemical Romance. Ekceli minat satu band, tapi standard la kan, dalam 1 band tu mesti ada yang lebih. ekekek.. Masa ni tengah study kat Politeknik. Selalu tengok video diorang kat youtube. Dah pandai download-download video dan lagu (sorry tak pernah beli original album :p) Semua lagu diorang aku hafal, time tula.. haha.. Then mood/style aku time tu nak emo segala, terpengaruh dengan diorang la ni..

Gerad Way

My Chemical Romance

Lepas tu minat plak dengan classic rock band EUROPE. Dari emo rock ke classic rock pulak. Jauh melompat. Tapi yang peliknya band ni dah otai, means tua-tua belaka. Then aku minat time diorang muda je. hahah.. Area tahun 1985-1990, so aku flash back sejarah diorang la kira. Aku rewind balik lagu-lagu lama diorang masa mula-mula popular dulu. Dan aku sangat suka kat drummernya Ian haugland, masa dia muda dulu la. haha. Sangat macho si kidal berambut panjang sambil bermain drum..erkkk..

Ian Haugland

Europe

Europe - The Final Countdown

Yang terkini pula, aku beralih ke pada Korea Selatan, atau nama glemernye KPOP. Yeahhh.. kembali ke Asia setelah penat merantau ke benua lain. Aku bukan hantu kpop sangat pun. Aku just minat drama dan variety show yang best-best je and yang utama BIGBANG. Minat kat Bigbang la buat semua kawan-kawan aku ingat aku ni dah involve ke arah kpop sangat, padahal minat Bigbang je pun yang lain biasa-biasa je. ekeke..


Tapi seryes aku minat gila kat BIGBANG sekarang ni. Apa-apa je berkenaan dengan Bigbang aku berminat nak ambil tau. Variety show, konsert, video klip, lagu, CF, photo shoot, tour, latest news semua la. Aku kalau buka laptop memang check Bigbang news dulu kat bigbangupdates 

Aku dulukan bigbangupdates tau dari page lain. 

Wallpaper desktop lappy, blackberry semua dah terpampang foto Bigbang. Lagu-lagu mp3 pun semua Bigbang, takda dah My Chemical Romance ke Europe ke. Ish..ish.. tapi seryes aku tak suka feeling minat terlampau ni.. penat !!

Buat masa ni mp3 semua Bigbang.. lagu lama, lagu baru gaul sebati..


Transformasi.. Dari budak hip hop cute kepada lelaki cool.. ecececeehhh...

 2006

 2007

 2008

 2009

 2010

 2011

2012

p/s: ekceli takda la terlampau sangat pun.. biasa-biasa je.. ekeke



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)