Thursday, October 27, 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

Assalamualaikum ~



Lama dah tak join segmen. So hari ni dengan mood rajin tetiba rasa nak join segmen dari Terjal Bicara | Azim Razak.. Jom reramai tambah follower :) 


Kalau ada geng yang nak join jugak boleh klik SINI untuk more info.. cekedaout yaw !



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Wednesday, October 26, 2011

Terbang Malam - Explorasi Seni PPS USM 2011

Assalamualaikum ~


Hye korang ! Sabtu lepas 22/10/2011, Pusat Pengajian Seni USM telah mengada satu event sempena menyambut adik-adik junior. Kalau sudah namanya di anjurkan oleh student art, memang pastilah ia bukan event makan-makan dan dengar ucapan semata ye. Yang pasti hari itu adalah hari enjoys sambil melupakan segala beban assignment yang sedang membelenggu semua student. ehem !




Malam yang diberi nama TERBANG MALAM | EXPLORASI SENI memang voks sekaligus haroks. haha. Event ni sebenarnya berlangsung dari pagi sampai malam. Tapi malam tu adalah waktu kemuncak la. Waktu siang kami buat aktiviti riadah macam explorace dan aktiviti suai kenal antara student.


Disebalik tabir. Aku selaku crew/ajk event TERBANG MALAM | EXPLORASI SENI ni. Busy nya memang tak payah cakap la. masing-masing memang ada tugas yang kena buat. Ada crew yang terpaksa tidur di studio untuk siapkan segala hal mengenai event ni. Yang tak tidur pun ada. Kesian diorang. Sampaikan ada crew yang tak mandi pagi tu. haha.  Pagi tu aku and the geng datang awal pagi la jugak. sampai-sampai je agak terkejut sebab tempat kejadian lengang macam takda apa-apa event. aahh sudah.. rupa-rupanya crew lain sibuk dalam studio dari malam .. fuhh ! terasa bersalah sebab aku tidur lena dalam bilik.. -..-"


Origami burung. kami kena sediakan dalam 400 keping (kalau tak silap la). perghh ! Dari yang zero tangan kayu tak pandai buat origami ni terus jadi pro. tutup mata pon boleh buat. Dengar macam kacang je kan buat origami. tapi tak semudah yang disangka beb. Agak menguji keimanan dan kesabaran jugak la.


Aku ajk protokol, so pagi-pagi tu memang dah kena standby untuk sesi pendaftaran student. Agak kelam-kabut sebab kena settlekan pembahagian t-shirt segala. kalau seorang dua tak kesah beb.. beratus kot. memang tak menang tangan. Pulak tu kami kena teliti bab pembahagian t-shirt. takut tersalah bagi saiz then akan menyebabkan kekeliruan yang maha hebat nanti. Bila dah keliru terus stress then marah then mood hilang. Tapi Alhamdulillah pembahagian baju settle dengan jayanya walaupun ada ter 'mis komunikesyen' juga sikit. Tapi standard la semua tu. heeee ~


Motif gambar nak tunjuk design t-shirt je sebenarnya. hahah.. Design t-shirt memang dapat banyak pujian la. Credit to Afif sebab dia yang mendesign t-shirt ni. Sesiapa student USM kampus induk yang nak tempah t-shirt ni boleh roger-roger kat YDP PPS kite Ahmad Johari Martopo 


Antara aktiviti waktu pagi tu. Sebelum ber explorace, haruslah kita memanaskan badan dengan bersenam erobik dulu.


Muka adik-adik junior kita. Hope semuanya enjoys..


Walaupun hujan sekejap, tapi ia tak membantutkan kelancaran majlis. Waktu malam lebih kepada persembahan dari juniors. Diorang memang best sebab sporting dengan persembahan yang kreatif. Majlis disempurnakan dengan ucapan Dekan PPS, Prof A.Rahman. Dan MC kita malam tu ialah Arja Lee. Pada yang tak tahu, Arja Lee hero filem Anu Dalam Botol. Dia student final year lakonan dan pengarahan USM. Sangat sporting dan sempoi.


Overall, event berlansung dengan jayanya. Alhamdulillah semua bagi kerjasama yang baik. Terima kasih pada semua yang telah menjayakan event TERBANG MALAM | EXPLORASI SENI. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kami sendiri.

Bye !



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Wordless Wednesday | Desktop yang serabut

Assalamualaikum ~






thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Tuesday, October 25, 2011

Susahnya nak cari nasi ambeng kat Penang...

Assalamualaikum ~


Hye korang ! sedar tak sedar dah nak dekat 2 bulan aku kat Penang. Sekejap je kot masa berlalu. Assignment pun dah bertimbun dah. Tu yang macam malas sangat nak update blog sekarang ni. Sekarang ni tengah cuti seminggu pasal perayaan Deepavali, tapi aku still stay kat Penang je sebab next week ada kelas seminggu lagi then baru cuti raya haji seminggu. Macam tak berbaloi pulak kalau aku balik Johor cuti Deepavali then balik penang balik for a week then balik Johor balik untuk cuti raya haji. Fuhhhh ! memang tak la kan...


Hahahah.. mukadimah yang takda kena mengena dengan tajuk. ok. Sebagai anak jati Johor dan berdarah jawa, boleh dikatakan aku sangat suka makan Nasi Ambeng. Sangat suka ok ! Kat Johor, no hal la, bersepah kot Nasi Ambeng. Kalau terasa nak makan just kau merayap la kat mana-mana kat Johor tu, kompem jumpa. Then kenyang dengan muke senyum sampai telinga sebab puas dapat makan Nasi Ambeng. Tapi lain hal kat Penang....


source : google

Sangat susah nak cari nasi ambeng kat Penang ni. Kadang-kadang bila datang time mengidam kat sini, memang kena gigit jari dulu la. Tapi nasib baik aku agak addict juga dengan Nasi kerabu, so kira nasi kerabu tu boleh cover lagi la aku punya tahap mengidam dengan nasi ambeng ni. ekkeke. Lagi pun kalau kat Johor, susah nak cari nasi kerabu ni sama susah la nak cari nasi ambeng kat Penang. haha


source : google

Perghh ! sedapnya nasi ambeng memang boleh buat aku kecur sekarang ni. Tapi nak buat macam manakan, telan air liur dulu jela.. Ke ada sesiapa tahu tempat nasi ambeng yang power kat Penang.? Kongsi-kongsi la dengan saya.. heeee ~


Bye !

p/s: mood lapar sekarang ini... Naseb kau la wahai nabila



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Wednesday, October 19, 2011

Student life ~

Assalamualaikum ~


Sangat setuju ! hahah






thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Tuesday, October 18, 2011

Budak 2 tahun di langgar lari dan tidak dipedulikan

Assalamualaikum ~

Zaman sekarang ni manusia memang dah tiada sifat berperikemanusiaan agaknya. Sifat kasih-sayang dan kasihan sudah hilang terus. Mungkinkah kerana arus permodenan, hati manusia menjadi sekeras batu..? Pelik betul aku dengan manusia yang sudah hilang perikemanusiaan ni.


Semalam, kawan aku ada post satu video kat facebook. Video mengenai seorang budak 2 tahun yang dilanggar lari. Dengar macam biasa je kan, tapi kalau korang tengok sure perasaan korang berbaur marah, geram, kesian, sedih semua la. Mau aje aku sepak sorang-sorang manusia yang ada kat tempat kejadian. Hati letak kat tumit ke hape ntah diorang... memang mintak maki aku je... BANGANG !!


Korang tengok je la video ni..


Lepas tengok je video ni, aku terasa nak tau sangat apa jadi kat budak tu dan terus google, then aku jumpa ni




Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini. 




Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.




Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.

Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.

Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar 'mati otak'.


Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis.



source : Lulu Pages

p/s: kesian budak tu... :(





thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Friday, October 14, 2011

Page Persatuan Bangsa Johor Kena hack ?

Assalamualaikum ~

Hye korang ! Aku baru je buka facebook then aku agak terkejut bila terjumpa update dari Persatuan Bangsa Johor dengan status berbunyi "Wahai teman-temanku dari Malingsia". Then bila buka page tersebut profile picture pun dah bertukar. Kalau aku tak silap, gambar di profile picture Persatuan Bangsa Johor telah di tukar kepada gambar jata dari negara jiran kita Indonesia.






Aku pun tak berapa pasti adakah page tersebut telah di hack ataupun admin sekadar mahu bergurau. Boleh ke macam tuh..? -..-" Kalau nak bergurau pun agak-agak la kan. Penggunaan perkataan Malingsia memang agak popular juga dekat Indonesia. Aku pun tak sure kenapa mereka menggelar kita macam tu. Pada yang tidak tahu, maling bermaksud pencuri


Yang pasti aku tak suka permusuhan antara dua negara Islam ni. Buat apa nak bermusuh, kita serumpun kan. Orang Indonesia minat Siti Nurhaliza, orang Malaysia minat Krisdayanti, eh bukan... aku minat Opick.. hahah.. ok melalut..


Bye !

p/s : aku elok je member dengan student dari Indonesia kat sini..



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Wednesday, October 12, 2011

Thursday, October 6, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Berjinak-jinak ke arah fotografi.

Assalamualaikum ~

Hye korang ! aku sebenarnya memang lama dah berminat ke arah fotografi ni, tapi asyik tertangguh je. Al-maklumla aku ni memang jenis manusia yang suka menangguh-nangguhkan kerja. Aku dah lama juga guna kamera DSLR tapi just main petik je la. Before ni tak berapa nak tau function sebenar kamera tu. Asal gambar cantik menarik debom dah kira orait pada aku.


Start semester ni, aku ada ambil subjek ko-k. Semester lepas aku ambil subjek senamrobik untuk ko-k aku. Untuk Semester ni aku ingat nak ambil gamelan. Aku memang suka giler dengar music gamelan, tapi permohonan aku telah di tolak mentah-mentah. Padahal aku rasa aku antara orang pertama yang daftar subjek tu. So disebabkan first choice ko-k aku telah direject, aku decide nak ambil jugak ko-k untuk semester ni. Tapi ofcos la bukan gamelan sebab gamelan memang dah full.


Naik sem subjek ko-k yang tinggal just senamrobik then last minit dia bukak permohonan untuk DSLR fotografi. So grab je la DSLR fotografi tu,  since aku memang dah ambil senamrobik before. Takkan nak ambil lagi kan. So konon-konon nak try something new. DSLR fotografi memang dengar macam sangat menarik. Lagi pulak subjek ni dibuka hanya untuk 30 student. So apa lagi kan...


1st kelas DSLR fotogarfi, kami diberi serba sedikit penerangan mengenai sejarah fotogafi, kamera dan juga kaedah-kaedah yang bagi gambar menarik. Aku bukannya pandai sangat pun pasal DSLR camera ni. Before ni takdanya nak ambil tau pasal ISO ke, shutter speed ke, main petik je. Bila dah masuk kelas ni baru terkulat-kulat mencari benda alah tu.


2nd kelas, kami dah mula shooting, syok woo.. Kami disediakan seorang model. Terasa dah macam professional photographer plak.. ehemm.. padahal saya budak baru belajar..


Mempersembahkan model kita. Natto K. Wassana.. made in Thailand.. hhehe.. Ekceli dia senior aku kat USM.. Cantik kan dia..









Banyak sangat yang perlu di perbaiki. Dah nama pun budak baru belajar. btw kat kelas ni pun ada gak yang dah pro, maksudnya memang professional Photographer la. Tengok style pegang kamera je memang boleh tahu kot siapa yang pro dan siapa yang baru belajar.


Bye !

p/s: Suka tengok photographer yang ensem.. hahahah <----- tetibe -..-"



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Tuesday, October 4, 2011

Minat Angry Bird..? Ni asal usul Angry Bird

Assalamualaikum ~



p/s: Tak paham betul aku apsal popular sangat Angry Bird ni.. cute kah..? ermm..


thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Sunday, October 2, 2011

Mood ikut hari

Assalamualaikum ~






thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Satu je yang cantik dimata perihal wedding si memey

Assalamualaikum ~

Hye korang ! Selamat dah Norman dan Memey kahwin.. Aku tengok biasa-biasa je wedding diorang tu walaupun berjuta-juta majlis resepsinya.  Pendapat aku sama macam pendapat Chef Wan pasal wedding Norman & Memey tu.


Satu benda je yang cantik dekat memey pada mata aku, bukan wedding dress by Vera Wang, bukan kasut Jimmy Choo yang sampai RM 300,00 tu tapi inai/henna yang Memey pakai. Sound funny kan. Tapi tu jelah yang cantik kat mata aku.. ekekek.. Sorry Meymey..



Bye !



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)