Friday, August 26, 2011

Saya suka warna hijau, tapi...

Assalamualaikum ~

Suatu ketika dahulu, (eceh, mcm cerpen dulu kala pulak) aku peminat tegar warna hitam. Many of my stuff berwarna hitam, like seryesly. beg hitam, jam hitam, kasut hitam, handphone hitam, camera hitam, tudung hitam sampaikan perabot dalam bilik pun nak hitam dan sampul buku pun nak warna hitam (sampul pakai black sugar paper). Punya la konon-konon macam ala-ala gothic. Kononnya je la.. Ni semua pengaruh My Chemical Romance la ni. haha. Ala.. standard budak-budak baru nak naik.. Gitu la ropenya.


Pengaruh hitam ni juga terbawa-bawa sampai diploma. Bayangkan semua web design, printing design and all of my design projects aku nak bagi color hitam. Patutlah markah suam-suam kuku je. Ikutkan sangat warna kegemaran. Last-last orang pelik apsal design aku black and white je..Nak jimat kos printing..?

choose your color .. source: google

Bila dah boring dark-dark color ni, aku try cari warna yang boleh bagi semangat sikit. So terjumpa warna hijau. Aku pun tak tau dari mana aku boleh suka warna hijau. Maybe terlalu berfikir nak lain dari yang lain. Yelaa.. most of girl nak pink color. Konon-konon nak lari dari typical girl la. Tu yang pilih hijau. Tak ramai kot perempuan suka warna hijau berbanding pink or purple or even blue. So bila dah di biasa kan diri dengan warna hijau, aku pun makin lama makin suka la dengan warna tu. So bermulalah rombakkan dari hitam ke hijau. Dah sekarang kebanyakkan stuff warna hijau pulak. Walaubagaimanapun hitam still feveret color lagi. Tapi takda dah stuff semua nak hitam je.


Bila dah cop diri peminat warna hijau. Apa-apa yang berwarna hijau memang cantik dimata la. Sampaikan Icredible Hulk pun hensem dimata aku, sebabnya beliau berwarna hijau.

ensem kan..? source : google

Lepas tu semua stuff nak warna hijau, kalau tak atau terbeli warna lain rasa macam hilang identiti. -..-" Dan kawan-kawan pun tahu feveret kaler kitew. So kalau tengok or nampak warna hijau nanti diorang ingat la kat kitew.. hahah..(agaknya la..) So aku ada info Rahsia di sebalik warna kegemaran

"Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman.Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai."

Yang ni untuk si hijau sahaja ye, untuk warna lain, korang boleh tengok kat SINI. 


Bila bercakap pasal warna, warna tema untuk baju raya tahun ni bukan warna hijau, tapi Coklat. Aku pernah mengutarakan pendapat untuk memilih warna hijau sebagai warna tema baju raya family untuk tahun ni, tapi tak dapat sokongan dan undian penuh . kecewa woh :(.. Dan my bff mostly akan berbaju raya warna hijau tahun ni. Eh macam tu pulak. Arh.. ! nak usaha kan jugak la, nak cari sepasang lagi baju raya warna hijau. =..=" Tu pun kalau ada mood nak meronda dengan sifat cerewet semulajadi ni dikelilingi orang ramai bagai nak rak kat shopping mall tu nanti sekaligus menyesakkan nafas dan kepala. 



Coklat pun warna yang cantik juga. Aku tak kisah pun sebenarnya. Kalau semua baju raya warna hijau macam tak best jugak. haha .Saja je nak feeling-feeling kecewa. hahah.. (bagi penampor cepat!)


Bye !

p/s: sejak-sejak ni macam dah tersuka warna-warna pastel la plak. urmm ~



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Thursday, August 25, 2011

Mana iklan raya best-best tahun ni? | Koleksi iklan raya

Assalamualaikum~

Dulu kalau nak raya, banyak syarikat-syarikat macam Petronas, Telekom Malaysia (TM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maxis, Digi, TV3 dan banyak lagi berlumba-lumba menghasilkan iklan raya terbaik dan akan membuatkan penonton sentiasa mengingati iklan-iklan serta mesej yang disampaikan tu sampai bila-bila.


Tapi sekarang ni, macam dah takda la iklan-iklan raya yang best. Macam Petronas.? Petronas dah tak buat lagi ke iklan hari raya untuk tahun ni..? Kalau ada, apsal aku tak perasan.? Banyak sangat iklan raya yang best-best dan  aku masih ingat sampai sekarang. Especially yang dari Petronas.

Iklan-iklan raya dari Petronas:











Setiap tahun mesti ada iklan raya best dari Petronas. Feveret aku iklan raya Petronas tahun 2006, yang ayah pakai lampin tu. Touching habis. Tapi semua memang best la dan masing-masing ada mesej tersendiri. Tahun ni..?


Iklan raya best lain












Banyak lagi la iklan raya yang best-best. Dan tak kurang jugak ada iklan raya yang pernah jadi kontorversi dulu. Rasanya semua tahu kot. Benda dah lama, lupa kan je la.. heheh

Selamat Hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada semua bloggers. Mohon maaf zahir & batin..:)

Bye !


thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Siapa Maddi Jane.?

Assalamualaikum ~

Hye korang ! Maybe aku agak ketinggalan untuk mengetahui siapa Maddi Jane ni. Before ni adik aku ada menyebut-nyebut pasal Maddi Jane ni. Tapi aku buat "dang" je.. Konon-konon macam tak berapa berminat la kan. haha. And aku ada jugak terbaca entry post cik NISA KAY pasal Maddi Jane ni tapi aku tak berapa amik peduli juga. Tapi last week kot aku ada search video Najwa Latif and FYI aku pun baru tau pasal Najwa Latif nih ! demm ! Punyalah macam duduk kat gua.

source : google

Ok ! aku just nak bagitau kekaguman aku masa first time nonton video Maddi Jane ni. Perghh ! punya lah aku tengok sambil mata tak berkelip sekaligus mulut ternganga. Impress betol. Her voice.. fulamak ! Padahal she only 12 years old u know. Suara memang superb gua cakap lu. And lagu-lagu yang di cover pun memang best dan viewer kat youtube dah berjuta-juta. Fofular habis adik ni. yeaa.. just aku je yang baru tau..


Dan bila diselidik Maddi Jane ni dah ada Official Website sendiri you. MADDI JANE OFFICIAL WEBSITEMelalui website ni, anda boleh terus ke FB, Twitter, MySpace, dan youtube beliau. Oke korang dah tau, aku saje je nak bagitau lagi.. heheh..


Dan lastly jom kte layan lagu yang dicover oleh Maddi Jane ni. Ni lagu yang terbaik bagi penilaian peribadi aku.. heee..





Bye !

p/s: kawan-kawan aku kata suara aku 'ke laut'... :(

thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Spontaneous Thursday | Kereta Anda..?

Assalamualaikum ~


BMW : Brings Me Women
LEXUS : Luxury EXports to United States
FORD : For Only Romantic Drivers
HYUNDAI : Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive
VOLVO : Very Odd Looking Vehicular Object
PORSCHE : Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything
KIA : Kills In Accidents
TOYOTA : The One You Only Trust Always
NISSAN : Nothing Inexpensive So Spend Another Ninehunderd..
PROTON : Powerwindow Rosak Oooh Tidaaakkk Ohhhh Noooooo!






thank you sudi baca..:)

Sunday, August 21, 2011

Kau ni memang !@#$%^

Assalamualaikum ~

Walaweh..  ini celcom broadband memang betul-betul menguji keimanan aku time bulan puasa ni. Punya la macam siput. Kalau siput sedut takpa jugak, boleh makan. Ni macam siput, ish !.. aku pun tak sampai hati nak sebut. Astaghfirullahalazim !


Kau jangan nak tunjuk bagus sangat heh. Kau ingat kalau kau takda aku boleh mati ke..? takdanya. pengsan maybelah. Mentang-mentang aku selalu bergantung hidup dengan kau kalau nak online, kau buat hal pulak. Aku bayar la. Bukan free !


Kau tengok la, nanti aku naik kampus nanti aku akan tamatkan riwayat kau yang memang macam siput ni.  Padan muka kau. Baru kau tau kuasa kat tangan aku time tu. Tu la EDGE memanjang.


Ke kau ada masalah dengan aku..?! aku selalu over GB limt..? RM 98 untuk 5GB mana cukup bhai. Kau cekek darah gila. Agak-agak la sikit. Masa aku kat kampus jarang kot aku guna kau, aku prefer guna wifi je. Selalu guna tak sampai pun 3GB tapi kau tetap cas RM98 juga. Ni aku kat rumah guna kau terlebih sikit kau dah bising.


Kau ni memang saja je la bagi pahala aku kurang bulan-bulan baik ni. Kalau ikutkan hati muda ni mau aku campak kau kat dinding. Tapi nasib baik aku waras lagi. Kau selamat kali ni bhai. Esok lusa kau tau la nasib kau nanti. Geramnya aku !!


p/s: entry marah cekum berukband. =..="



thank you sudi baca..:)

Saturday, August 20, 2011

Hari Raya pada erti kata yang sebenarnya

Assalamualaikum ~

Hari ni 'main' kemas-kemas bilik. haha.. Dalam proses pemilihan buku-buku dan magazine-magazine yang patut di simpan atau di kitar semula. Time sekolah dulu, aku memang addict dengan magazine-magazine ni. Dalam sebulan ada je magazine yang aku beli. Kau sebut je ape, URTV, Media, Ujang, Mastika, Gila-gila, Remaja, Hai even Mangga pun aku beli tau. So bilik aku ni dah macam library, tapi banyak magazine la. haha.


Kau bayangkan la, buku or magazine dari tahun 2000 aku simpan lagi. Punya la semak. Aku ni ada problem sikit kalau nak buang barang-barang ni. sayang woi.. Dulu beli pakai duit sendiri ni. haha.. Kalau aku jual balik ikut harga asal mau beribu juga ni. eceh.. Tapi dari sesakkan kepala dengan benda yang banyak, lebih baik kurangkan la. Bagi kat apek surat khabar lama. hehe..


So before tu, aku ada membelek satu magazine ni, GILA-GILA edisi 2002.. Pasal raya, then ada topik ni buat aku senyum -senyum kambing, so aku share la ngan korang. Ce try korang senyum-senyum kambing tak. hahah..

















Bye !

p/s: Lagi 10 hari lagi nak raya.. ngeee ~



thank you sudi baca..:)

Friday, August 19, 2011

8 Fakta menarik tentang mati

Assalamualaikum ~

Kata orang sementara masih hidup ni, kita juga perlulah beringat-ingatlah kepada kematian. Yang pasti mati itu pasti datang. Ajal maut di tangan tuhan. Kita sendiri tidak dapat menjangka bilakah saat kita tiba. Menurut Abdullah Bin Umar, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Beliau lalu ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.” 


So kat sini aku nak kongsikan 8 fakta menarik tentang kematian dengan korang


1.Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. 
Deria pertama yang 'pergi' ialah penglihatan, di ikuti oleh rasa, bau dan sentuhan

2.Kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15-20 saat selepas ia di penggal.

3.Apabila Alexander The Great mati pada 323 Sebelum Masihi, Sebuah jalan khas telah dibina di Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau di taksirkan kos pengurusan mayat Alexander itu dengan nilai 
mata wang pada hari ini, kos dianggarkan AS$600 juta bersamaan dengan RM2.28 bilion !

4.Sejurus selepas Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah 'mengambil' nafas  
terakhir beliau dan menyimpannya kedalam sebuah botol

5.Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang 
menggunakan tangan kanan

6.Mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya bahan pengawet 
didalam makanan yang kita makan.

7.Mayat mereput empat kali lebih cepat berbanding yang ditanam didalam tanah.

8.Masyarakat Mesir Purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh kerana itu, mereka akan 
mencukur kening mereka apabila kucig peliharaan mereka mati



thank you sudi baca..:)

Thursday, August 18, 2011

Tengok wayang di bulan puasa

Assalamualaikum ~

Sudah hari ke 18 kita umat Islam berpuasa. Cepat masa berlalu. Yeay ! Yeay ! dah nak raya.. -..-". Pengertian berpuasa ialah menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Bulan puasa juga membuatkan aku berhenti seketika dari menonton wayang.


Ye.. aku tidak menonton wayang di bulan puasa. Walhal menonton wayang adalah satu kegemaran aku yang amat. Aku tak cakap menonton wayang di bulan puasa tak boleh ye. Ini cuma luahan perasaan dengan ketidak selesaan aku untuk menonton wayang di bulan puasa.


Kalau diikutkan perasaan, banyak juga list movie yang aku nak terjah sekarang ni, antaranya

 Captain America: The First Avenger

Cowboys And Aliens

Eh! style pose Daniel Craig (hero Cowboy & Aliens) dengan hero Captain America samalah..

Rise Of The Planet Of The Apes

Hati meronta-ronta nak tengok movie-movie di atas. Tapi sudah menjadi kebiasaan aku kalau menonton wayang mesti mengunyah. Tak kira la makanan apa pun, aku mesti kena mengunyah. Habit katanya. So menonton wayang di bulan puasa adalah suatu kemustahilan untuk aku. Sebabnya aku tak boleh nak mengunyah, puasa kan.


Hek eleh kau ni.. tengok waktu malam kan boleh. kompem-kompem kau boleh mengunyah.


Ok, nak tengok waktu malam ni lagi la aku tak berapa nak selesa. Lagi-lagi waktu orang nak bersembahyang tarawih. Walaupun aku tak sembahyang tarawih time tu. Selalunya alasan biasa orang tak sembahyang tarawih ialah penat. Tapi cuba bayangkan kau skip sembahyang tarawih semata-mata mau pergi menonton wayang. Buruk bebenor perangai rope itu. Nanti kau sampai je panggung wayang kau akan rasa semua orang kat situ tengok-tengok kau sambil berkata dalam hati "budak ni tak pergi sembahyang tarawih ni. nampak je pakai tudung" walaupun depa sendiri pun tak sembahyang tarawih. So baik kau duduk rumah diam-diam kalau tak sembahyang tarawih. Ngeee~ -..-"


Alorh kau ni, apa guna ada wayang time midnight 


Ni lagi la problem dengan aku. Siapa nak temankan aku tengok wayang time-time midnight ?


Bye !

p/s: Nasib baik tayangan Harry Potter bukan time bulan puasa..






thank you sudi baca..:)

Aku admire dengan blogger ni

Assalamualaikum ~

Betul la kata orang, cinta tak kenal siapa, hadir tanpa di paksa. (ceh macam lirik lagu plak). haha. Dengan tetiba dan tidak semena-mena hati ni dah terpaut dengan seorang blogger ni. Walaupun dia tak pernah menunjukkan diri, even blog dia pun takda gambar dia so aku pun tak pernah tengok muka dia, macho kah.?  hancor kah.? tapi hanya dengan penulisan aku boleh terpaut beb.  Punya la power dia punya penulisan.


Dengan gaya penulisan yang sempoi, cool dan kelakar di setiap entry, aku selalu terfikir, kalau jumpa in person dengan blogger ni mesti aku akan sentiasa tergelak habis. haha. Seryesly tiap kali baca blog dia memang akan buat aku tersenyum-senyum kambing dan tergelak-gelak sopan depan lappy.


So dengan kudrat yang ada dan perasaan ingin tahu yang menebal, aku telah men'stalker' beliau dan akhirnya aku berjaya mengetahui siapakah gerangan blogger ni. hehe. Kalau bab-bab jadi private investigator ni memang aku suka bebenor la. So bila dah tau gerangan si blogger, aku pun lagi eksited la nak baca entry dia seterusnya. wakaka.


Haha.. korang jangan fikir aku sentimentel pulak. Aku bukan jatuh cinta pun ..ceh !-..-". Saja je nak menghabiskan sisa-sisa cuti sem ni dengan menjadi private investigator.. Cita-cita masa kecik tak kesampaian. Tu yang nak berangan ala-ala investigator. Tapi seryes aku suka baca blog dia.

Bye !

p/s: dan blogger tu hensem . ngeee ~



thank you sudi baca..:)

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday | Kuih raya favorite

Assalamualaikum ~


Cornflake Madu 
Source: Google



thank you sudi baca..:)

Takda mercun tak meriah la puasa dan raya

Assalamualaikum ~

Hye korang.. Puasa tahun ni aku tak pernah dengar lagi bunyi mercun macam tahun-tahun lepas, kecuali mercun pop-pop yang mak aku belikan untuk adik bongsu aku. haha. Maybe sebab aku duduk kawasan perumahan, budak-budaknya mana la suka aktiviti luar macam cari buluh buat mercun ke kan. Diorang prefer duduk rumah mengadap playstation2 ke, psp ke. kan. Tapi bagus juga, main mercun pun bahaya.

Walaupun mercun bahaya dan diharamkan kerajaan, masih ada lagi adik-adik yang berani mati main mercun. Buktinya, kau baca jela surat khabar hari-hari dalam bulan puasa ni, mesti ada berita pasal mercun-mercun ni.  Tapi seryesly, pada aku takda mercun tak meriah la puasa dan raya. hahaha.

Dulu, aku selalu jugak join adik-adik aku main mercun. Tapi aku tak main la. tengok je. haha. Aku lagi suka feeling-feeling princess dengan main bunga api sahaja. Tapi aku suka tengok orang main mercun. Tapi adik-adik aku takda la buat mercun  buluh ke atau mercun buatan sendiri. Diorang ada supplier bab-bab mercun ni. Then mercun-mercun macam mercun bola ke, mercun padi ke, diorang akan main ikut kreativiti diorang. haha. Makin kuat bunyi, makin power la. Dalam botol, dalam tin biskut, longkang, macam-macam la.

Tapi tu dulu, sekarang ni masing-masing pun dah besar. Yang eksited nak main mercun sekarang ni pun adik bongsu aku je. Minta mercun dengan mak, mak belikan mercun pop-pop je. haha. Bahaya kata mak.  Jadi la kan, lagipun takda geng nak main mercun.

Kata kerajaan : Jangan main mercun
Kata aku : Hati-hati main mercun. ngeee ~


Bye !

p/s: sangat berbeza kehidupan budak-budak dulu dan sekarang



thank you sudi baca..:)

Monday, August 15, 2011

Today is my Birthday !

Assalamualaikum ~




Ku bersyukur kepadaMu YA ALLAH untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Ku bersyukur kepadaMu YA ALLAH kerana ku masih diberi umur dan tubuh badan yang sihat untuk melaksanakan tanggungjawab dan kewajibanku kepadaMu, keluarga, sahabat, dan diri sendiri. 


Syukur kepadaMu YA ALLAH kerana masih memberiku peluang untuk ku bernafas dibumiMu supaya aku mampu berdoa dan memperbaiki diri supaya menjadi seorang hambaMu, anak, kakak, sahabat yang lebih baik. 


 Doa Kesejahteraan (Doa Sayyidatina Aisyah)
Ertinya: Ya Allah! Aku minta kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan akan datang samada yang aku ketahui atau tidak dan tahu dan aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan yang masa kini dan akan datang samada yang aku tahu atau tidak.



p/s: terima kasih tak terhingga kepada family dan semua kengkawan yang wish my birthday.. Sangat-sangat menghargai ucapan semua. Semoga doa-doa kalian dimakbulkan Allah swt.. Amin ~: )


thank you sudi baca..:)

Saturday, August 13, 2011

Persiapan masih zero

Assalamualaikum~

Sekejap je dah hari ke 13 umat Islam berpuasa. Tak lama lagi dah nak raya. Tapi aku tak prepare apa-apa pun lagi. Baju raya tak beli lagi, kuih raya tak buat lagi, kad raya belum design. Apa-apa pun preparation untuk raya memang zero lagi la. Sekarang ni tengah mencari mood kerajinan untuk membuat semua perkara tersebut.

Dan dah hari ke 13, tapi kaki ku tak jejak lagi bazaar ramadhan. Punya la kesian. Bukan tak pernah buka puasa made in bazaar, pernah je tapi orang lain la yang pergi. Aku? duduk rumah je. Malas oh nak bersiap pergi bazaar. haha. Aku selalu order je. Pakai mulut je, so takda la penat sangat. (sila bagi penampar paling power untuk si pemalas ni)

gambar disonglap dari google

Lagi pun aku tak berapa digalakkan ke bazaar, kerana di kuatiri akan membangkitkan nafsu serakah amalan syaiton nirojim kat bazaar tu nanti. Semua makanan aku nak nanti. Bukan setakat makanan, dikuatiri juga mamat-mamat jambu yang jual air jambu pun aku nak juga. haaa.. baru ko tau kronik tak kronik nafsu serakah aku. -..-" So aku lagi rela mengadap makanan yang sedia ada dirumah sahaja. Makanan terjaga, sikap terpelihara. haha.

Dan time-time macam ni, aku juga sepatutnya dah buat persiapan untuk pulang ke Penang. Seram bulu roma aku bila cakap pasal balik Penang. haha. Cuti 4 bulan sekejap je pun. Tak lama, pejam celik pejam celik dah 4 bulan. Jejak je Penang nanti, takda la istilah bermalasan terus-terusan. Ntah-ntah masuk je kelas pertama, lecture dah prepare assignment.

Ok la korang.. nak siap-siap berbuka puasa kat luar ni.  Orang nak belanjakan. so belasah !!

Bye !

p/s: kena rushing beli tiket balik Penang ni. Kalau habis tiket, jalan kaki la aku nanti. 




thank you sudi baca..:)

Asyraf Haziq sangat tabah.

Assalamualaikum ~

Hye korang..Aku adalah salah seorang dari berjuta-juta manusia yang mengikuti perkembangan Asyraf Haziq, iaitu student Malaysia yang menjadi mangsa rusuhan di London. Kesian kat dia, baru sebulan kat sana dah jadi macam tu. Mungkin itu dugaan yang diturunkan Allah untuk beliau. Dan nampaknya dia sangat tabah dan sabar menghadapi ujian Allah itu.


Dengan senyuman yang sentiasa ditunjukkan dari berada di hospital lagi sudah menunjukkan Asyraf Haziq seorang yang baik dan berfikiran positif. Walaupun dipukul dan disamun dan menyebabkannya patah rahang tidak sedikitpun beliau kelihatan marah dan memburukkan mana-mana pihak.


Semoga beliau cepat sembuh dan kembali ke kehidupan normal. Dan kita pula jangan la nak salahkan semua warga Britain tentang hal ni. Hanya segelintir sahaja manusia yang tidak bertamadun seperti penyerang Asyraf Haziq di sana. Dalam setandan pisang tak semua busuk.. de dok..?

Bye !

p/s: ensem jugak kan Asyraf haziq ni.. ngeeee ~




thank you sudi baca..:)

Thursday, August 11, 2011

Spontaneous Thursday | Single

Assalamualaikum ~

"It's okay to be S.I.N.G.L.E cause it shows that you haven't found anyone who deserves you yet, and that you don't depend on others for happiness."




thank you sudi baca..:)

Pendedahan cerita sebenar Asyraf Haziq

Assalamualaikum ~



Asyraf mendedahkan keadaannya okey selepas peristiwa tegang yang dilaluinya di kota London dan rakaman perbualannya dibuat oleh rakannya serta dimuat naik ke internet. Dia menceritakan apa yang sebenar berlaku pada ketika itu.
Menurutnya pada ketika itu mereka mengugutnya mahu “menikam dengan pisau” kata dalam rakaman itu. Dia memberi tahu lokasi kolejnya yang hampir dengan tempat kejadian mengakibatkan dia mejadi mangsa keadaan.
Asyraf baru saja sebulan tiba di kota London untuk menuntut di Kaplan College, Tower Hill, Timur London. Dia dan kawannya yang berbasikal ke rumah rakannya untuk berbuka puasa diserang oleh sekumpulan samseng.
Kawannya berjaya meloloskan diri tapi dia tidak kerana dihalang oleh anggaran 20 orang yang menghalang laluan lalu memukulnya sehingga jatuh sebelum basikalnya turut di curi.
Dia memberi tahu, dia nak pitam selepas dipukul dengan kuat. Dia cuba untuk beredar namun di samun pula. Bystander Abdul Hamid, 23 (Orang yang merakamkan video kejadian) katanya mahu membantu namun takut dibelasah sama kerana mereka terlalu ramai. Dianggar mereka seramai 50 orang.
Sebahagian dari perusuh itu kelihatan terlalu muda, mungkin baru sekolah rendah. Dengan pakaian sweater berpenutup kepala mereka juga merosakkan basikal yang ditunggangnya.
Dalam tanyangan youtube dia kelihatan tidak bermaya dan berdarah lalu di bantu oleh sekumpulan lagi kumpulan yang berlagak perihatin. Bag galasnya ditarik dan barangan yang disamun, antara barangan yang dicuri ialah:
  • Wallet
  • H/set
  • Video game Sony PSP
Memetik kata Perdana Menteri Britain “Pemuda seawal usia 13 tahun membuat kekacauan dan ketawa, bila melihat orang yang berlagak baik ingin membantu rupa-rupanya mengambil kesempatan adalah sesuatu yang menjijikkan, menandakan sesuatu sangat tak kena (teruk), dalam komuniti mereka”.
Pelajar Finance 20-an ini retak rahang, dan hilang beberapa batang gigi kerana serangan tersebut dan kini mendapat rawatan pembedahan di Royal London Hospital di Whitechapel, Timur London. Dia tidak mampu untuk makan dengan baik dan batuan saluran “drip” diberikan.
Pihak keluarga terutama ibu Asyraf.. Maznah Abu Mansor, 47 risau dengan keadaannya dan memohon kepada kerajaan Malaysia untuk melawat anaknya. Namun beliau tetap lega anaknya selamat.
Banyak badan hadir ke depan perihatin kepada apa yang menimpa Asyraf dan tabung sumbangan dibuka di website – http://somethingniceforashraf.tumblr.com – atau dari kerajaan tertinggi Malaysia.
Seorang Pesara Jamie Cowen membangunkan website untuk mendapatkan dana membantu Asyraf dan sesiapa yang menjadi mangsa rusuhan di London.
Katanya : ‘I and thousands of other British people are disgusted that this happened in our country and want to do something nice for Ashraf to show to him and his country that only a tiny minority of us are scumbags.’
Dalam sejam website dilancarkan, ia menerima lebih dari 17,000 sokongan orang ramai.

Sokongan moral kepada Asyraf Haziq
   
Asyraf dan adiknya Mohammed Fatiri… Pelajar Malaysia di kota London.
Sumber dari Dailymail.co.uk 


Video Asyraf Haziq dipukul dan di samun di London



Sumber artikel sepenuhnya dari ping.busuk.org




thank you sudi baca..:)

Menarik juga

Assalamualaikum ~

Hye korang..Ini semua aku dapat dari facebook. So aku share la dengan korang :)

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling keji = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
Kuih awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam


thank you sudi baca..:)

FAKTA TENTANG DIRI INI..(NABILA)

Assalamualaikum~


Dijemput untuk menyertai segmen ni oleh tuan segmen. terima kasih kerana menjemput.

Fakta tentang Nabila

  • Super duper pemalas
  • Mudah marah dan mudah cool
  • Suka ketawa, maknanya suka orang sekeliling yang kelakar.
  • Addicts ais, kaler hijau, internet, tv, menonton wayang
  • Sangat suka mengunyah walau dimana jua berada kecuali dalam toilet.. hahah
  • Tidak suka apabila perlu membuat presentation, performance atau apa-apa sahaja yang memerlukan saya berada di depan khalayak ramai.
  • Bukan perempuan yang lemah lembut, lemah gemalai
  • Setiap barang mempunyai sentimental value bagi saya, so sayang nak buang
  • Sangat suka pada kesenian - saya orang seni.. heee ~
  • Seorang yang keras kepala, degil, ego

Tu je la yee.. banyak sangat kalau nak listkan semua. Boring nanti baca. :)

p/s: suka join segmen awk:)



thank you sudi baca..:)

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday | Berani buat anak anda begini?

Assalamualaikum ~




thank you sudi baca..:)

Masalah ketika menaiki roller coaster

Assalamualaikum ~

Korang kalau naik roller coaster jangan nak bergurau senda macam mamat kat bawah ni oke. Tak pasal-pasal nanti. 

Bye !

p/s: lama dah tak naik roller coaster.




thank you sudi baca..:)

Mountain climbers terhebat

Assalamualaikum ~

Anda suka aktiviti panjat-memanjat yang lasak lagi mencabar.? Anda patut cuba ini















bye !

p/s: aku panjat katil pun dah oke.. haha.




thank you sudi baca..:)