Saturday, May 28, 2011

Yes..!! akhirnya novel Kasih Yang Suci ada dalam tangan..

Assalamualaikum ~

Aku pernah story kat korang pasal usaha aku mencari novel Kasih Yang Suci ni.
Selepas sudah berminggu-minggu mencari, 
Pabila semua book store dah aku selongkar. 

Akhirnya !!!

Akhirnya dapat jugakk !!!
Yeayyyy !!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

hakhakhak..

Perghhh !! ni pun yang last punya tau..
Tinggal satu je..
Aku beli kat Badan Cemerlang Angsana JB.
Masuk je Badan Cemerlang tu punya la ramai manusia kat bahagian novel tu.
Dan aku confirm mesti ada antara mereka tu tengah mencari novel Kasih Yang Suci juga.

Usha punya usha..
Yessss.. !! ada.. terpelusuk kat tepi novel-novel lain yang bertimbun tu.
Tinggal satu je..
Aku terus la grab je novel tu tanpa memikirkan perasaan orang lain..
muahahahaha... 

Bila keluar je book store, senyum jee aku..
Rasa macam berjaya giler la..
hakhakhak..
Rasa macam nak bagitau semua orang kat situ, aku ada novel ni..
ekekek  *sigh*-..-"
Ntah hape-hape

Ok la uolsss.. 
Nak layan novel Kasih Yang Suci ni.
hehehhe..
byee !!

Thursday, May 26, 2011

Yassin Senario Sudah Kahwin

Assalamualaikum ~

Lama kan kita tak dengar cerita tentang Yassin Senario ni. Dalam diam-diam, rupanya beliau telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati bernama Farrah. Dengar cerita, wanita yang dikahwini Yassin ni seorang janda. Alaaa.. no hal la janda ke apa kan... janji bahagia.

Selamat pengantin baru la di ucapkan kepada Yassin
Semoga kekal ke anak cucu hendaknya
aminnn~

Jom layan gambar kawin Yassin & Farrah..










Tuesday, May 24, 2011

Sama Je Semua IPT, Tak Payah Nak Bezakan Mana Hebat

Assalamualaikum ~

Kenapa manusia suka sangat membeza-beza antara satu sama yang lain. Suka sangat meneliti benda yang dirasakan tidak penting pun. Lagi -lagi hal IPT ni. Isu yang memang takda penyudahan. Isu kat mana kita study tak penting, yang penting ilmu yang kita dapat, benda yang kita belajar.

Kalau kau nak mintak kerja nanti pun, takdanya dia tekannkan kat mana kau study. Hebat ke tak IPT kau tu.

" Awak study kat mana..?"
" Alaa.. Universiti Hebat tu.."
" Waaa.. Bangga saya student dari universiti hebat datang interview kat company saya ni.."
" heheheh.."
" Result awak ok..? "
" Boleh la.. lagi pun Universiti Hebat kan.. susah sikit nak dapat CGPA tinggi-tinggi ni.. Tapi ok la.." 
" Oh takpa-takpa, company saya ni memang untuk mereka-mereka yang dari universiti hebat je pun.."

watda!@#$%^&


Sumpah korang takkan jumpa situasi interview seperti di atas.

Study mana-mana sama sahaja. Mungkin environment ada sedikit perbezaan. Tapi tak amik pusing pun. Kau study Engineering kat Politeknik ke, UiTM ke, UTP ke UTM ke USM ke, MSU ke PTPL ke UniKL ke, sama je sebenarnya.. Kalau korang bersungguh-sungguh kompem korang keluar jadi engineer jugak nanti. Yang penting usaha dan tawakal la.

Kalau korang kata student Politeknik @ IPTS result SPM dia tak sehebat student-student Universiti lain, korang jangan silap.. Syarat kemasukan Politeknik @ certain IPTS dengan Universiti lain sama je. Ramai juga student Politeknik yang result SPM dia lagi gempak dari student Universiti tu. Ada juga student Universiti ni result SPM dia ni harammm.., tapi masuk Universiti juga. heee .. Macam dulu aku cakap, semua ni rezeki masing-masing.

So..? no more beza-beza okeh.. heheh peaceyawww..

picture from google


p/s: kadang-kadang orang2 yang  belajar takat SPM tu yang lebih berjaya dari orang yang study bagai nak rak nih..

Saturday, May 21, 2011

Seniwati mahyon Ismail Meninggal Dunia.. Al-Fatihah

Assalamualaikum ~



Innalillah..Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Hari ini sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang lagi seniwati veteren tanah air iaitu Mahyon Ismail, 69 tahun. Allahyarham meninggal dunia tengah hari tadi setelah mengalami sesak nafas.

Allahyarham yang juga ibu kepada pelakon terkenal Faizal Hussein, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi jam 11 malam tadi.

Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.

"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.

"Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian sehinggakan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi.

"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.


Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.

Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.


Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di sebelah kubur suaminya Allahyarham Hussein Abu Hassan, di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak, selepas solat Asar tadi.


Takziah untuk keluarga Allahyarham Mahyon Ismail, Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah..

Review: Nur Kasih The Movie Indah Khabar Dari Rupa..?

Assalamualaikum ~

Nur Kasih satu drama yang pernah menjadi fenomena pada kita dulu. Satu drama yang katanya berjaya mengangkat kembali martabat drama melayu. Drama yang menjadi ikutan berbagai peringkat umur, jantina, bangsa dan agama. Drama yang lari terus dari tipikal drama melayu yang selalu menampilkan golongan-golongan korporat semata. Drama yang membuatkan semua penonton perempuan berangan inginkan sosok lelaki seperti Adam ataupun Aidil. Para lelaki pula berkata, "untungnya kalau mendapat perempuan baik seperti Nur Amina".

Setahun berlalu, fenomena Nur Kasih khabarnya ingin melanda semula. Filem Nur Kasih The Movie yang di tunggu-tunggu sekarang berada di pawagam berdekatan. Tapi mampukah Nur Kasih The Movie kembali menjadi fenomena seperti mana dramanya dulu..?


Semalam 20/5/2011, Aku dengan kawan pergilah menonton filem ni. Dah lama sangat tunggu kan. Excited sangat nak menonton filem ni. Proses membeli tiket takda la susah sangat pun, maksudnya takda la aku kena beratur panjang ataupun berebut-rebut nak beli tiket. Sampai je kat kaunter, terus sebut Nur Kasih The Movie. Aku pilih waktu tayangan pukul 5.15petang. Paling mengejutkan aku, aku orang pertama yang beli tiket movie tu. Panggung lenggang. Tapi waktu aku beli tiket tu dah pukul 4.30 petang dah pun. Means ada lagi 45 minit sahaja lagi tayangan filem dia kan. Ok! Aku cakap dengan kawan aku ni " Waaa.. ari ni kita berdua je dalam panggung, giler VVIP". 




Aku takda la fikir filem ni tak laku ke hape ke kan. The main reason tak ramai orang ialah sebab aku tengok movie ni kat KSL City dimana tak ramai pun manusia yang lepak kat sini. Shopping Mall yang still baru. Datang je ke KSL City ni, kau boleh kira berapa orang manusia kat situ. So, takda orang dalam panggung Nur Kasih The Movie tu bukan sebab filem tu tak laku yee.. Berlambak kot pawagam kat JB ni. Pilih je mana kau nak pergi.

Masuk je panggung No 2 tu, aku memang boleh kira manusia yang tengok filem Nur Kasih The Movie ni. Around 10 - 15 people. Alaaaa.. baru nak buat panggung tu macam rumah sendiri. hakhakhak.

Honestly Nur Kasih The Movie ni agak mengecewakan aku. Filemnya tak sehebat dramanya. Plot yang meleweh-leweh membosankan. Sering terpancul dari mulut ni.. " hak alahhh... tak habis-habis la ko ni adamm.."Ada juga adegan yang dirasakan tidak perlu kot. Feel sedih ada, tapi takda la sampai nak keluarkan air mata. Macam baru je nak rasa feel tu tapi dah di potong dengan adegan lain. So feel tu macam tak sampai la. Dan lagu-lagu dari filem ni macam tak berapa nak masuk la dengan adegan-adegannya. Filem ni terus lari dari target yang aku dah sasarkan. Seriously aku mengharapkan lebih dari filem ni.

Tapi ia masih lagi sebuah filem yang baik untuk di tonton. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari filem ni. Cinematography pun masih baik dan harus di puji. Lakonan para pelakon juga masih mantap. Filem ni kira macam sambungan dari drama Nur Kasih la. Korang boleh tengok macam mana pengakhiran cinta Adam dan Nur. Keseluruhannya ok sahaja. So pada sesiapa yang belum tengok dan nak tengok, digalakkan pergi la tengok, tapi jangan pergi dengan harapan yang terlalu tinggi. :)

* Hanya pandangan dan pendapat peribadi.. peaceyaww.. :)

Jozan Terbaik. Sepah The Best

Assalamualaikum ~

Persembahan Jozan dalam Maharaja Lawak bagi minggu ke-8 semalam adalah persembahan terbaik diorang selama episod Maharaja Lawak ni. Before ni, persembahan diorang boleh di katakan suam-suam kuku je. Bukan nak cakap persembahan diorang before ni tak best. Tapi aku expect more dari Jozan ni. Yelah... diorang dah popular kot. So walaupun diorang buat lawak yang ala kadar je, orang akan still ketawa, macam aku. Padahal aku rasa persembahan Sepah, Jambu dengan Nabil jauh lebih baik kot. heheh.

Tapi semalam seryes, aku tengok persembahan Jozan sampai terguling-guling ketawa, terbahak-bahak gelak, sampai terkeluar air mata ni kaw aku cakap. Memang kelakar habis. Before ni ketawa-ketawa sopan jerkkk.. ekeke. Lawak pesakit nak mintak bius dari doktor memang genius. haha.

Lawak Sepah pulak macam biasa, memang Sepah sentiasa bagi aku lawak yang buat aku ketawa tak ingat dunia. Sepah The Best. Lawak makcik-makcik tengah rewang memang sempoi habis. Lawak Sepah memang konsisten. Diorang sentiasa berusaha buat yang terbaik. Dan aku sebagai penyokong tegar diorang memang nampak usaha tu. Setiap minggu memang lawak giler kot.

Jambu.. Not bad la pada aku. Kelakar juga. Tapi aku takda la ketawa macam kat persembahan Sepah dan Jozan. Tapi bapak aku ketawa tak ingat bila tengok persembahan Jambu ni. Kadang-kadang aku rasa aku ketawa sebab tengok bapak aku ketawa. heee. Tapi aku enjoy juga la dengan persembahan Jambu untuk minggu ke-8 ni.

Nabil ok.. Susah kot nak buat lawak sorang-sorang je kan. Tapi Nabil boleh buat dan memang buat orang ketawa. Kira terbaek la tu kan. Lawak pasal penggunaan facebokk dan twitter @ penggunaan ayat di facebook dan twitter memang bagi orang ramai bukak minda sikit. Memang betul apa yang Nabil cuba sampaikan dalam lawak dia tu. OMG !!! hakhakhak.

Balas punya persembahan aku tengok gitu-gitu je.. hehe.. Bila top 4 Maharaja Lawak pada aku iaitu, Sepah, Jozan, Jambu dan Nabil dah buat persembahan, kira dah habis la Maharaja Lawak pada aku.. haha. *kejam kot statement*

Kemasukkan kembali R2 memang aku dah duga. Siapa lagi yang layak kalau bukan R2 ye dok. Lawak R2 semalam kira best la. Kelakar juga. Better dari Man dan Balas. Dan seperti di jangka, Man yang tersingkir..

Ok done.

p/s: Ini hanya pandangan peribadi aku. Korang mesti ada jugak persembahan feveret korang sendiri kan. heheh.. byee !


Jom layan yang best !!

Jozan




 Sepah




Jambu




Nabil



Wednesday, May 18, 2011

Lagu Tema Nora Elena & Asmara ll Samalah..

Assalamualaikum ~

Tadi blogwalking, so tersinggah la kat blog AMALINA ATHMAN. Adik ni ada bagi senarai lagu-lagu tema Nora Elena. Al-maklum la kan, awok ni tengah fall in love dengan drama ni. hehe..

Tengah syok dengar lagu-lagu tu, time dengar lagu TERHENTI DISINI by ASFAN, macam pernah dengar la lagu tu before ni. Maksudnya ada drama yang guna pakai lagu ni jugak. Puas memikir and try google lagu tu. Rupanya lagu tu lagu tema untuk ASMARA 2 jugak. Urmmm... patutla macam pernah dengar. Tapi time dengar lagu ni kat Nora Elena ataupun Asmara 2, tak terperasan plak persamaan tu. huhu..

Hahahah.. No big deal. Just curious je tadi. Tapi seryes lagu ni memang best woh..

TERHENTI DISINI by ASFAN


Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Tuesday, May 17, 2011

Usaha Mencari Novel KASIH YANG SUCI by Meen Zulaikha

Assalamualaikum ~

Sabtu lepas, Aku ke City Square JB sebab nak temankan adek kecik aku pergi nonton Fast & Furious 5. Disebabkan dia under age, baru 10 tahun maa... Dukacita dimaklumkan dia di larang untuk menonton movie tersebut. Tak pernah pulak ku tahu, filem tu 18+. Tapi kat poster PG13 je. So dia dah start buat muncung panjang. hahah. Nak buat macam mana kan. So kitorang tengok jugak la movie Kongsi yang sedia maklum diberitahu oleh Adib a.k.a adek aku jugak, yang movie tu tak berapa best. Nak tengok Priest lagi la ko tak lepas dek oii.. hahaha..

Sementara menunggu waktu tayangan movie Kongsi tu, kitorang jalan-jalan cari novel yang memang menjadi niat utama aku. Novel yang di cari ---> KASIH YANG SUCI by Meen Zulaikha. Yeahh !! Penangan Nora Elena. hahaha.. Kat City Square tu ada 2 je book store aku rasa. MPH dan Popular. Dua-dua aku geledah. Memang takda.. Yang ironisnya, masa aku tengah geledah novel kat MPH, ada beberapa orang hamba ALLAH cari novel yang sama. Dengan kuasa telinga yang tajam ni, aku dapat menangkap dialog-dialog mereka.

HAMBA ALLAH 1

situasi ni berlaku di sebelah aku je. Seorang perempuan dengan kawan perempuan dia.

" Kau pergi la tengok kat sebelah sana, aku tengok kat sebelah sini " 
" Apa tajuk dia... kasiihhhhh..."
" Kasih Yang Suci Meen Zulaikha. "
" Takdaa.. Aku confirm takdaa.. "

HAMBA ALLAH 2

bila hamba Allah 1 tadi cakap kat situ takda, aku pun beredarlah ke rak lain. Ada jugak lagi sorang kakak ni cari novel yang sama. Dia tengah tanya kat staf MPH tu.

" Adek, kat sini, ada tak novel Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha..?"
" Owhh.. Takda kak. Cuba akak try cari kat Angsana. Badan Cemerlang tu"
" Ohh.. takpe la tima kasihh "


Haiyooo.. Ramai kot yang cari novel tu. Aku ingat aku sorang je yang bersungguh-sungguh. So niat di hati nak survey kat Angsana pulak. Pergi Angsana, terus masuk Badan Cemerlang. Geledah-geledah dulu novel kat situ. Seryes kat situ banyak giler kot novel. Puas cari tapi tak jumpa pun. So aku nak try tanya kat sorang staf situ. Staf tu tengah susun2 novel yang dia baru bawak keluar dari mana ntah. Stok baru kot.

" Kak, aaa.. novel Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha ada tak..?"
" owwhh.. habiss dahhh..." jawab kakak tu confident
" ???? . so bila agaknya stok baru sampai ek..?" tanya aku
" Kitorang memang ada order, tapi tak boleh janji la bila sampai "
" Takpe kak.. tq.." balasku tersenyum

Bila dia dah cakap macam tu, aku pun round2 kejap kat situ. Cari-Cari novel lain. Manalah tau ada novel yang berkenan kan. Tapi takda. Agaknya dah set mind nak novel Kasih Yang Suci tu je kot. heheh.

Aku memang tak sangka jugak la ramai orang yang mencari novel tu. Sampai sold out segala. Perghhh !! Masyuukk akak Meen Zulaikha. Btw kak MEEN ZULAIKHA pun ada blog tau. Sekarang ni still dalam mood mencari novel tu..Yeahh !! usaha kan tangga kejayaan.. hahah..

Series tv Melayu Wajib Follow

Assalamualaikum ~

Cuti-cuti sem macam ni, selain dari mengadap laptop, aku memang banyak mengadap tv la. Macam-macam cerita aku tengok. Omputih, melayu, Cina, Hindustan, Tamil, Korean, Jepun, Telenovela, Indon, Filipino dan semua lah. Semua drama series aku follow.haha. Yelaa.. time ni la nak lepas gian, balik uni nanti takdanya aku nak mengadap tv, tapi still follow drama-drama best kat TONTON

Time sekolah dulu, seriously gua cakap lu, gua memang agak suka tengok sinetron-sinetron seberang. Lagi-lagi la kan gua eh aku duduk kat Johor kan. Memang dapat la channel Indonesia, SCTV, RCTI, TPI, tu semua channel Indonesia la. Siap dia punya rancangan gosip semua aku layan. haha... Sampaikan level fahaman aku dalam bahasa Indonesia kira not bad la. Asalkan jangan campur dengan loghat-loghat sunda ke jawa ke kan. (Elehhh.. bahasa Indonesia bukan beza sangat pun dengan bahasa kita kan)

Tapi tu dulu la. Sekarang ni takda nyee. Memang jarang sekali nonton sinetron. Apatah lagi bukak channel Indonesia tu. Maybe faktor study, takpun maybe channel Astro lagi macam-macam ada kot. haha. Takpun drama Melayu sekarang lagi best agaknya. Urmmm...

Antara drama / series tv melayu yang aku dan korang wajib follow every episod ialahhh..

5. Cita Dan Cinta


Aku tertengok drama ni since episod 2. Terpikat sebab ada Beto Kusyairy. hahah. Suka kot tengok dia berlakon. Lagi satu, aku rasa, drama ni sempoi je. skrip dia, lakonan pelakon dia. So macam kena la dengan jiwa remaja ni. hahah. Drama ni setiap Khamis, 8.30 malam. tv9

Sinopsis Cita Dan Cinta: 
CITA & CINTA adalah merupakan drama bersiri remaja yang berkonsepkan ‘feel good drama’ ini mengisahkan kehidupan lima remaja yang berusia awal 20-an yang tinggal di Kuala Lumpur.

Drama ini mengupas segala isu yang berkaitan remaja masakini seperti pergaulan, komunikasi, pembelajaran, fesyen, percintaan, kecelaruan gender dan lain-lain permasalahan yang dihadapi remaja di masa kini.

Katanya drama ini diinspirasikan dari drama remaja Hollywood, drama berkonsep urban yang masih mengekalkan unsur kemelayuan ini membawa penonton menyusuri hati sekumpulan remaja yang terpaksa bergelut dengan pelbagai cabaran apabila tidak diberi peluang mengembangkan kebolehan mereka.


4.Asmara 2


Drama ni aku start follow sejak dari ura2 member aku cakap drama Asmara 1 best. Tu pun aku follow Asmara 1 kat TONTON back to back. Dari episod 1 sampai last. Kira time tu aku ketinggalan sikit la pasal drama ni. Drama dah habis, aku baru nak start tengok. So ni ada Asmara 2, kebetulan memang ada kat rumah, pe lagi... follow la.. heee.. Asmara 2 setiap hari Selasa jam 9.00malam, tv 3

Sinopsis Asmara 2:
Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).

Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.


3. Juvana

Drama ni aku tengok sebab adik2 aku tengok. hahah. Cerita dia best la pada aku. And buat lagi best sebab ada Beto Kusyairi lagi. hahah.  Lagi satu, aku ni jenis suka sangat nak tau sebab dan kenapa budak2 tu ada dalam sekolah Juvana tu. Drama ni setiap hari Isnin pukul 9.00 malam di tv3

Sinopsis Juvana:
JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut. 

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan. 

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar. 

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.


2. Maharaja Lawak


Ni memang wajib nih. Tapi aku suka tengok SEPAH, JOZAN, NABIL dan JAMBU je yang melawak. Bila yang lain aku memang tak tengok. hahah..Kesian nanti bila tengok diorang malukan diri diorang sendiri. haha.

1. Nora Elena


Haaaa.. aku dah terpikat habis dengan drama nih. Cerita yang adaptasi dari novel memang kebiasaannya best. Lagi-lagi bila dia menampilkan pelakon-pelakon yang memang sedia best.. Aaron Aziz !! hahah. Drama ni seminggu 4 kali, setiap Isnin - Khamis pukul 7.00 malam di Slot Akasia tv3. Apsal timing untuk slot Akasia ni dah berubah hah..? Dulu bukan ke 6.30-7.30malam..? Aku rasa time dulu lebih sesuai kot. Timing sekarang macam sangat mengganggu waktu mahgrib.

Sinopsis Nora Elena:

Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?

Saturday, May 14, 2011

Akhirnya !!! Adiosss ~

Assalamualaikum ~

Terkeluarnya Amir Maharaja Lawak hari ni memang aku dah ramal dah dari minggu lepas.haha.. 
Tapi ada sikit cuak and nervous kot time buat undi style SURVIVOR tadi tu. 
Tapi akhirnya memang jodoh Amir dengan duit 300,000 tak kesampaian. 
Bukan rezeki kot kan. hehe.
Bye-bye Amir ~

Apa-apa pun, SEPAH THE BEST.
undilah SEPAH untuk negara. hahah..
bolehh..??
ngeeee ~

p/s: Ada undi masukk..? Hati aku kuat macam kata Amir je yang masuk balik. Halamak !!

Wednesday, May 11, 2011

10 Sifat@Ciri Lelaki Idaman

Assalamualaikum ~

Sejak dah jadi bibik tak bertauliah ni, kerjanya memang mengadap laptop je la. Haha. Kerja-kerja kat rumah ni takda la banyak sangat pun. Tu yang bosan yang amat ni.hehe. "Elehh.. Kalau kerja banyak pun bukan ko nak buat." tiba-tiba suara hati menyampuk. "Ahhhh.. sadap u !!" Balas suara hati yang lain.hahah..

Kalau kita bercakap pasal lelaki idaman, memang tak habis la nak berdebat kan. Macam-macam ciri nanti keluar. Tapi seryes, kebanyakan ciri yang diberi sama je sebenarnya. Semua nak yang baik-baik belaka. Ehh babe, mesti lah nak yang baik kan. Ada ke wanita yang bercita-cita nak lelaki yang tak senohoh?? Huisshhhh !

Lagi satu, ada sesetengah orang yang set mind dier gini. "Alaa.. kau kapel ngan dia dulu, kalau tak suka nanti kau blah la..kita kapel dengan dia, tak semestinya kita kahwin dengan dia." haaaa.. Ni yang awok tak bape gemor nih. Kalau aku la kan, bila dah kapel mengkapel nih, kita kena berfikiran jauh sikit. set the future. Bukan just nak cuba try test je.

Ok ! la. Ni 10 senarai lelaki idaman. Actually more to suami idaman. erkk.. sama je kan.. hahhaa.

1. Beriman
Mesti kebanyakan orang akan cakap benda ni 'klise'. Kan kan kan. Tapi yang sebenar-benarnya memang benda ni la yang tersangat penting yang perlu ada pada seseorang lelaki. Iman yang mencorak keperibadian  manusia untuk menjadi seorang yang baik. Cuba korang bayangkan, tengah korang berdating kan, pastu si pakwe ni mintak izin nak pergi solat. suka tak.? Korang akan senyum dan cakap " jom la.." heee... Kalau lelaki itu menjaga imannya, nescaya dia juga akan menjaga kelakuannya.

2. Bekerjaya
Kalau lelaki tu bekerjaya, tentu la berduit. Kalau dia berduit, mesti dia seorang yang berdikari. Memang betul Money Can't Buy Everything. Tapi perlu diingat, hidup berlandaskan cinta semata memang tak kemana. Takkan nak mengharapkan duit belas ihsan kedua orang tua je. Malu kotttt..

3. Berpendidikan
Perempuan suka melihat pada lelaki yang berpendidikan tinggi, Ada degree, master, phd and so on. Lagi-lagi zaman sekarang ni, muda-muda dah ada phd. Kat hospital tu haa.. muda lagi dah jadi doktor. So situasi ni tak pelik.

4. Bertanggungjawab
Lelaki yang bertanggungjawab, adalah lelaki yang cerdik, tabah, punya pendirian, berjiwa teguh, amanah dan berwawasan

5. Pelindung
Wanita mana yang tidak suka di lindungi, Selamat rasanya jika berada dengan lelaki yang menjaga dan melindungi kita dari segala hal.

6. Menghormati
Wanita bukan hanya mahu lelaki menghormati diri wanita itu sahaja, tetapi orang disekeliling termasuk diri lelaki itu sendiri.

7. Bersederhana
Lelaki tidak perlulah nak meninggi diri, dan jangan pula terlalu merendah diri. Annoying kot hidup dengan lelaki yang selalu tunjuk bagus dan asyik nak menceritakan kehebatan diri sendiri. Please la.. Lebih kronik bila yeyeje dia  menceritakan kehebatan diri kat parents makwe sendiri. Silap-silap hari bulan kena kutuk balik. haha.

8. Family man
Lelaki yang sentiasa ada masa bersama keluarga. Beriadah bersama keluarga. Ia sekaligus melambangkan lelaki tersebut adalah seorang yang penyayang   :)

9. Berpewatakan ceria
Lelaki yang mempunyai cara untuk membuatkan seseorang wanita ketawa, dan gembira. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita lebih baik dari lelaki yang selalu sugul dan terlalu serius.

10. Sedap mata memandang
Penting woo.. Takda la nak ensem macam Johnny Depp ke Arjun Rampal ke ataupun Won Bin ke kan. Yang penting sedap mata memandang la. Yelaa.. nak tengok hari-harikan. Kata nak jadi sumber inspirasi dan semangat.. haha.. * beautiful is subjective


Ok done !
Ciri@sifat lelaki idaman kat atas ni sebenarnya ciri@sifat yang aku idamkan sebenarnya. Tapi seryes sama punya dengan ciri lelaki idaman perempuan/wanita lain. Tapi maybe ada lagi la penambahan ciri-ciri lelaki idaman ikut keperluan dan impian masing-masing. :)

Saturday, May 7, 2011

Kau Ingat Kau Siapa..??

Assalamualaikum ~

Jom layan lagu best.. dah ludah jangan nak jilat balik k.. hahah..



Christina Perri
Jar Of Heart

No, I can't take one more step towards you
‘Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live, half alive
And now you want me one more time

[Chorus:]
Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half alive
And now you want me one more time

[Chorus]

It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
‘Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are? 

Khas untuk peminat Kucing

Assalamualaikum ~

Siapa kat sini suka kucing..? hehe. Mesti ramaikan. Aku pun salah sorang pengemar kucing ni. Tapi takda la terlalu obses sangat. Macam sorang kawan aku ni, sanggup cium kucing yang dier jumpa kat mana-mana je la. Punya la suka. Aku kalau belai-belai je boleh la. Nak bercium sorryla. hehe. Tapi sekurang-kurangnya aku tak da la buat kejam kat haiwan tu. Contoh la, kalau kita makan kat warung kan, mesti ada kucing yang buat muka kesian nak mintak makan sikit. Aku sendiri pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri ada sorang hamba Allah ni dia sepak kucing yang merengek-rengek mintak makanan kat dia. Kesian kot. Tolong la berhati perut sikit. Kau ingat kau macho/bagus ke buat macam tu.? Please la..Huhh !!

Haha.. panjangnya mukadimah aku. hehe. Kat sini aku nak share dengan korang semua especially peminat kucing tentang upacara tahunan kucing yang berlaku di England. Acara tahunan kucing yang diadakan setiap bulan November setiap tahun ni di beri nama Supreme Cat Show, mempamerkan kucing dari pelbagai jenis kucing termasuklah dari jenis BurmeseMaine CoonSiameseDevon RexPersian, dan bermacam-macam jenis kucing lagi. 


Acara tahunan kucing ni bukan sahaja mempamerkan kucing, ia lebih kepada mencari pemenang untuk kucing tercantik. Ape.? korang ingat manusia je aku pertandingan macam Miss World dan Miss Universe tu.? Kucing pun ada tau..

















kalau korang nak tengok pemenang-pemenang kucing dari setiap kategori korang boleh tengok kat laman web Supreme Cat Show sendiri. Banyak sangat jenis kucing. Yang pelik-pelik pun ada. Try la usha.. :)

Friday, May 6, 2011

Ape ko merepek ni Amir..??!!

Assalamualaikum ~

Sekarang ni aku tengah layan Maharaja Lawak. 
Giliran Amir.. 
Adoyai..
Apa kau merepek ni..??
Hopefully ko terkeluar la minggu ni..
tak sanggup aku tengok ko memalukan diri ko sendiri..
seryes aku kesian..

UNDI AMIR KELUARR !!!

Result UPU

Assalamualaikum ~

Dengar-dengar cerita, hari ni result UPU dah keluar. Mesti berdebar-debar je adik -adik yang memohon tu. Macam tu jugak aku rasa dulu. Heee ~

Yang berjaya tu tahniah la di ucapkan. Bila dah dapat tu, gunakan peluang tu sebaik mungkin. Belajar elok-elok. Pandai-pandai la bawak diri kat tempat baru. Sebab universiti tak sama macam sekolah. Pandai-pandai pilih kawan sebab kawan la antara pencorak terbesar kita bila di universiti. Elakkan terpengaruh dengan benda yang bukan-bukan. Apa-apa yang kita nak buat, ingat-ingat la kat parents yang sentiasa fikir positif tentang anaknya.

Yang tidak berjaya pulak, takmo sedih sedih sangat. Anda tidak berjaya bukan sebab anda tidak bagus. Mungkin kali ni bukan rezeki kita. Mungkin ada hikmahnya. Allah sudah merancang yang terbaik untuk kita. Gagal sekali tak semestinya gagal selamanya. Kemasukan yang seterusnya ada lagi. Eh korang pun boleh buat rayuan kan. Ce try. Think positif. Pandang ke depan, takmo toleh belakang lagi.

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

Assalamualaikum ~

Segmen gegar bangBEN kembali
Jom ramai-ramai kita meriahkan segmen bangBEN
For more info boleh click banner bawah ni yee..


Thursday, May 5, 2011

Hostel USM terbaek

Assalamualaikum ~

Before cuti sem haritu, aku sempat snap gambar keadaan/suasana bilik aku kat Desasiswa Bakti Permai USM untuk kenang-kenangan. Lepas ni kemungkinan aku akan bertukar bilik. Mungkinlah. Atau mungkin di tempatkan di bilik yang sama juga. Yang pasti, cadar akan bertukar dan yang paling pasti aku masih akan tinggal di Desasiswa Bakti Permai untuk sidang hadapan. So takda la pening kepala nak memikior tempat tinggal untuk sidang seterusnya.

Macam before ni, aku study kat Politeknik Johor Bahru, hanya sem 1 je yang ditawarkan hostel, sem seterusnya pandai-pandailah kome nak hidup. Di USM ni, insyallah mudah untuk dapat penginapan dari first sampailah final year. So takda la pening memikir nak menyewa segala. Mahal kot rumah sewa kat Penang ni. Lagi satu, nak ulang-alik dari rumah sewa ke kelas, perrghh.. macam leceh la untuk aku yang hanya mengharapkan kenderaan awam je.

Seryes gua cakap lu, USM antara universiti yang menawarkan penginapan yang paling sangat paling paling sangat selesa untuk semua studentnya. Kau cakap je Desasiswa mana, Cahaya Gemilang..? Fajar Harapan..? Indah Kembara..? Aman Damai..? Tekun..? Restu..? Saujana..? Bakti Permai toksah cakap la, memang best.. heeee..

Dari segi safety plak, hostel kat sini memang bukan jenis yang pagar dalam pagar.*erkk.faham..?* so macam bebas la. Orang boleh keluar masuk sesuka hati. Tu yang agak meragukan aku masa mula-mula sampai sini. Tapi alhamdulillah, so far safety terjamin lagi, even open macam tu je. Yang si student plak, pandai-pandailah jaga etika, jangan ambil kesempatan plak dengan kebebasan ni. Kalau kena tangkap, alamatnya memang ko tak grad la kan.

Standard tempat lama, ada je cerita-cerita pasal benda tahyul, kufarat, hantu segala ni. Memang macam-macam version aku dengar. Macam biasalah cerita dari mulut ke mulut. Ada jugak dari tuan badan sendiri. Seram gak oii. Tapi alhamdulillah aku takda pengalaman-pengalaman ternampak ke terganggu ke. Dan aku tak mau ter-ter tu. Macam member lain cakap, kalau niat kita betul, insyallah takda la. Yang penting jangan fikir bukan-bukan.


my bed, simple tapi selesa

my desk *nak amik gambarkan, kenalah kemas sikt, kalau tak memang ko tak nampak meja =..=*

kat seat tu memang kena letak bantal, kalau tak memang cramp la.. haha.

kat bahagian atas kiri tu, aku buat tempat letak stok-stok makanan a.k.a cikedis

 seryes kat desk aku banyak kot kalendar. Ntah apsal.

boleh tahan luas. memang selesa la nak solat ke menyarap kat lantai ke kan.

 niq bed. yang kaler oren tu MR POPO, scandal niq


orang lain ada bende alah nih. aku pun nak jugak. MR FROGGIE & MS KUMA.
last-last terlantar je tepi katil tu. 

View dari tingkap bilik aku. pokok tu aku panggil pokok sakura.
ok ! cantik ke scary.?? haha

ok! tu pendapat peribadi aku je heh. Dah hostel kat USM je yang aku pernah jengok, so kompem la aku cakap tempat tu best. heheh. Siapa nak puji tempat tuntut ilmu kalau bukan studentnya sendirikan.

psstt: aku baru diberitahu yang aku check out bilik tanpa menutup lampu bilik. mengong  !!

Siapa dia ni ekkk..??..

Assalamualaikum ~

Semakin kita meningkat usia, semakin jauh kita berjalan, semakin juga ramai orang yang kita kenali. Tapi kadangkala korang perasan tak, ada diantara orang yang pernah korang kenal, sedikit demi sedikit korang akan melupakannya bila sudah bersama orang baru.

Kat sini, aku bukan nak bercakap pasal lupa daratan or lupa kawan ke hape. Tapi pernah tak korang dapat mesej @ emel kat FB ke YM ke phone ke yang mesejnya berbunyi macam ni.

"Hi Nabila.. Lame tak jumpa.. Buat ape sekarang..?"


                                      @


" oit.. lain dah ko sekarang.. pe cer beb..?"


                                      @


" Nabila.. long time no see.. rindu beb kat ko.."

Tapi korang sikit pun tak cam siapakah gerangan dia. Kenalkah..? Macam pernah kenal tapi kat mana ek..?

Dan korang akan rasa serba salah.

* takkan aku nak cakap tak kenal plak kan.. kecik hati plak dia nanti. Lagi satu, nanti dia cakap sombong   plak tak ingat member *
* Kalau aku buat2 kenal plak nanti tetiba masuk topik yang aku pun tak ingat macam ne..? *
* Dia ni kawan skola rendah ke menengah ke kawan perumahan ke kawan sekolah agama ke *

Benda2 macam ni selalu terjadi pada kenalan-kenalan la. Alah.. Kalau pergi satu-satu tempat mesti kita ada kenal someone as kenalan sahaja.. just kenal. Macam time sekolah, ramai kot kawan. Tegur menegur. Bila dah besar 10 tahun tak jumpa susah ko nak ingat balik.

Itu la salah satu perkara yang menakutkan aku. Seryes aku tak suka. Bukan niat nak melupakan ke apa. Aku bukan jenis yang lupa kawan. Tapi kadang-kadang memang agak susah nak mengecam. Cam muka lupa nama, Cam nama lupa muka. Aku memang pelupa.

Kadang-kadang lagi kronik bila terserempak dekat shopping mall ke jalan ke kan, ada yang menegur tapi aku tak cam pun sapa dia. Uwaaa !! Aku just layankan aje..

" hye Nabila, wat pe kat sini..?"
" Ehhhhhhhhh hyeeeeeeeeeee.. takda window shopping je.. Eh sorang je ke..?" cuba mengecam
" Ngan kawan.. Lamanya tak jumpaa.. Apa cer sekarang..?
" Tak da cerita apa-apa la.. macam ni jee.." cuba mengecam lagi
" Eleehhh.. bila nak kawin..?"
" (-..-") " cuba dan terus cuba mengecam.
" Kalau nak kawin nanti jemput tau"
" Ehhh.. mesti la.. Awak pun jemput la kita jugak nanti " haisshhh siapa dia ni ekkk..
" Mestii.. okla.. nanti jumpa lagi heh.."
" Insyallahh.." Uwaaa.. siapa dia ni ekk..
" Bye "
" Bye " 

Melambai sambil berlalu pergi sambil still memikorr SIAPA DIA  ??!! -..-


hahah.. ok! aku pelupa. Tapi mesti korang pun pernah rasa kot apa yang aku rasa ni.. heeeee..

Lagi Shopping Mall baru kat JB

Assalamualaikum ~

Hari ni dengan rasminya dah 3 hari aku terbongkang kat rumah. Sumpah bosan oii. Macam ni ke rasanya jadi suri rumah sepenuh tangga..?? uisshh. Nasib baik aku tak pernah menanamkan azam nak jadi suri rumah nih. Kalau tak memang makan diri la.

Tu pun nasib baik semalam my bestie AZRA off, so rongeng2 la sekejap. Teman di shopping ofcos. Aku yang pokai lagi kering ni, cuci mata je. Macam biasa, bila tengah kesengkekan ni macam-macam benda berkenan nak beli. Tapi bila time duit mencurah2, semua tak berkenan pulak. pelik !!. Tahan je nafsu semalam. huhuhu.

Baru tinggalkan 3 bulan, Johor Bahru ni dah macam berubah sikit. Macam lama sangat la pulak kan aku tinggalkan. Padahal 3 bulan je pun. Kalau 3 tahun memang lagi banyak kot perubahan.

Semalam Azra ada bawak aku ke satu shopping mall baru kat JB. KSL City Mall. Baru tak baru sangat la. hee.. Aku je ketinggalan sikit. Dekat je dengan Holiday Plaza. Huuu ~ makin bertambah shopping mall. Tempatnya ok la. Lebih kurang macam City Square JB. Macam biasa, warga Cina lebih ramai lepak kat situ. Aku pun tak habis round satu shopping mall tu. Bukan sebab shopping mall tu besar sangat ke apa, tapi kemalasan dan kepenatan. heeee ~


movie center. blom try lagi tengok movie kat sini. lain kali insyallah

dekat kot dengan Holiday Plaza



Kredit to MR GOOGLE.. Gambar-gambar kat atas ni bukan aku yang shot pun. hehehe. Kalau korang orang JB, try la usha tempat ni. not bad la.Tapi jangan nak expect more dia shopping mall ala-ala Pavilion KL ke Berjaya Times Square ke Gurney Plaza Penang ke kan. Tapi seryes ok. :)