Sunday, April 24, 2011

Tinggal hostel sorang-sorang?? takmo..

Assalamualaikum ~

Semakin hari semakin lengang je Desa Bakti Permai ni. Sorang-sorang balik ke kampung halaman tanda cuti sem dah nak bermula. Aku je masih terpacak kat sini. Nak kata ada paper lagi, dah habis dah. Nak kata sayang sangat nak tinggalkan USM ni, tak la pulak. Tapi aku masih disini, menunggu dan terus menunggu.

Eceh.. actually, aku tunggu family dari Johor datang menjemput.haha. Aku tak suruh heh. Diorang yang nak datang. Alang-alang dari Selatan ke utara kan.. so ada la proses singgah menyinggah. Plan nak pergi Langkawi.. yeayy ! holiday.. hakhakhak.

Disebabkan adik-beradik yang lain pun ada exam, so kenalah tunggu masing-masing settle kan exam. Tu yang kena tunggu sampai 28 hb 4 ni. Jangan tinggal aku sorang je kat Desa Bakti ni nanti sudah la.haha.. secara officialnya, last paper untuk sem ni 7 hb 5, so confirm ramai yang tak balik lagi kott. hehehe.. Sekurang-kurangnya takda la seram sangat kena tinggal sorang-sorang sebab tau ada lagi student yang tak balik lagi.

So far belum pernah lagi aku duduk asrama/hostel sorang-sorang. Seram jugak kot kalau Desa Bakti ni sunyi. Takmo.. Aku selalu terfikir-fikir takut jadi macam dalam movie The Exorcism of Emily Rose. Kan ada scene dia kat asrama sorang-sorang tu.. UWAAAA..takmo gitu.

Huh ! jangan fikir bukan-bukan. Everything will be fine. Insyallah.. :)

Thursday, April 21, 2011

Pengalaman interview USM

Assalamualaikum ~

Lagi seminggu je masa untuk aku habiskan sisa-sisa sem ni. Minggu depan dah start cuti and 4 bulan nanti duduk besarkan bontot kat rumah.haha. Plan nak cari kerja part time. Tapi tengok la dulu, memandangkan aku tak pernah pun kerja-kerja part time ni. Tapi kalau duduk kat rumah sahaja untuk masa 4 bulan memang keras la. Tepu otak nanti. Haishh.. bagi cuti lama-lama sangat pun problem. Kang tak bagi cuti langsung kang, meroyan plak.

Isnin ni, USM dah start meng'interview' calon-calon student yang bakal study kat Universiti Dalam Taman ni. Tetiba teringat time aku interview kat sini dulu. hahah. Satu keluarga bawak turun Penang. Interviewnya satu hari je. Tapi kitorang satu family stay tiga hari kat Penang ni. So kenalah aku yang time tu tengah berkerja kat Thistle Hotel JB amik cuti. Pergi Penang memang excited. Tapi pergi atas dasar interview yang buat mood nak berjalan tu macam spoil sikit.

Sampai je Penang, kitorang terus survey USM. Plan nak tengok-tengok la tempat interview tu dulu. Esoknya takda la kelam kabut sangat nak cari tempat tu nanti kan. First time kot singgah USM ni. Sesat tak payah cakap. Sampai dalam USM pun kitorang boleh sesat. haha. Tak jumpa tempat interview tu. Keliling cari orang bertanya. First time tengok dengan mata kepala sendiri, USM ni memang serious cantik. Kena la dengan tagline UNIVERSITI DALAM TAMAN. Memang teruja la..

Malam tu before interview, aku dapat mesej yang aku dapat interview untuk Universiti Pendidikan Sultan Idris  (UPSI) jugak. Fuhh ~ macam ayah aku cakap, satu rezeki datang, rezeki lain menyusul, tapi bila takda, takda langsung la pulak. Before aku pergi Penang, aku ada dapat interview SPA untuk jawatan Pereka gred B41. Kira masa time tu, memang murah rezeki la.

Pagi-pagi lagi dah ready untuk pergi interview. Pergi awal sebab takut sesat. hoho. Sampai sana je terus cari member baik yang memang dapat juga sekali interview tu. Banyak kot stage kena ikot. Tunggu punya tunggu, petang tu turn aku di interview. Perghh ! cuak ! Sekali 3 orang yang interview aku. DR HARDI, DR SAM MUHIZAM,sorang lagi perempuan, tak berapa cam sapa. heee ~.Masuk je berabuk diorang speaking london. Aku..?? cakap melayu sudey.. hahah.. diorang tanya in english aku jawap in malay. haha. Tak confident la wey nak cakap omputih ni. Aahh ! lantak.. So disebabkan english aku kureng, confident level aku untuk dapat USM ni memang paras hidung pun takda. So aku tak mengarap tinggi.

Balik je dari interview, aku jadi sepi sikit. Senyap jee. Aku pun tak tau apsal. Tapi perasaan lega toksah cakap la. Memang macam terlepas segala seksa. Next tempat interview kat Selangor pulak. Interview untuk UPSI. Memang melancong dalam negeri la aku bulan tu. Kesian jugak kat mak ayah. Berhabis masa dan duit semata-mata untuk hantar anak sulung diorang ni interview. Baru interview je pun. Dapat ke tidak, tak tau.

Tapi, alhamdulillah.. penat lelah tu berbayar. Sekarang aku kat USM. Rezeki aku kat sini. Jawapan tawaran kemasukan USM sebulan lebih awal dari jawapan kemasukan UPU. Pantas betol orang USM ni buat kerja. huhuhu.
p/s: kalau korang dah terpilih dan terima tawaran kemasukan dari USM, Universiti lain memang tak akan terima korang lagi, Sebab USM buat pemilihan student sebulan awal  dari universiti lain. :)

Tuesday, April 19, 2011

Kesemputan

Assalamualaikum ~

Dulu, masa kecik-kecik dalam umur 4-5 tahun, aku ni pernah di suspek ada penyakit asma a.k.a semput. Selalu juga la pergi klinik pastu sedut gas yang keluar asap tu kan. (hape ntah name die).Serious aku tak suka benda tu. Tapi aku kena buat jugak la. Lagi pun budak-budak time tu. Tak fikir apa sangat. Dulu bila semput je nangis. Memang seksa.


Bila dah makin membesar ni, alhamdulillah aku takda pun semput-semput lagi macam dulu. Dulu aku ada terfikir jugak, maybe bila dah besar nanti aku kena bergantung pada asthma inhaler tu bila semput datang. Tapi alhamdulillah tidak. Ada jugak cousin and member yang pakai asthma inhaler ni. Memang macam leceh je aku tengok.

asthma inhaler

Tapi, aku ni ada lagi problem yang mendorong aku untuk mendekatkan diri dengan semput ni. The problem is aku ni addict ais. Ais/air batu ni memang feveret aku la. Boleh dikatakan kalau minum air takda ais ni memang aku tak suka betul. Mesti kena ada ais. Kalau makan kat luar, order air then sampai, aku akan jamah ais dulu. Pastu bila air dah habis, aku akan habiskan ais dier jugak. Bukan aku punya ais je aku bedal, ais kawan-kawan, family or sapa2 jela yang makan dengan aku pun aku bedal. Kronik kan. Rasa macam best tahap dewa la bila dapat gigit ais2 tu.


Dah selalu sangat ditegur makan ais ni tak elok. Pernah juga berazam takmo dah makan ais, tapi tak boleh. Memang dah habit. Ais akan masuk mulut tanpa sedar.. hahah. Tapi bila tengok adik-adik makan ais, tau pulak nasihatkan diorang jangan makan ais. hahah. =..="

Selalunya kalau aku makan ais dengan kerap dalam satu2 masa tu, tak lama lepas tu semput pun menyerang la. Biasanya dia serang time aku nak tidur. Pergghhh ! memang seksa gua cakap lu. Dia punya perit nak bernafas tu memang rasa macam nak mati pun ada. Huh !Bila dah kena macam tu, aku just sapu minyak kapak kat dada je. Tak pun minum air suam banyak-banyak. Pastu paksa kan diri untuk tidur je. Esok bangun, keadaan akan seperti biasa. Dah ok.Then aku akan taubat nak minum ais dalam 2-3 hari. Lepas 2-3 hari, aku bedal balik ais tu.

Sekarang ni memang tengah pasang niat nak berhenti makan ais (huh ! macam nak berhenti rokok plak). Slow-slow. heheheh ~

p/s: pada sesiapa yang nak berjinak-jinak dalam ais ni aku nasihat kan toksah la. Susah kot nak hilangkan habit tu nanti. -..-"

Taste aku teruk sangat ke...?

Assalamualaikum ~

This week minggu exam. Menyempat lagi kan aku nak update entry blog ni. Hehehe. Aku bukannya jenis manusia yang study bagai nak rak pon. Bukan dah pandai, tapi aku ni ada mengidap penyakit yang agak kronik iaitu M.A.L.A.S. Serius penyakit ni bukan penyakit keturunan ye.. hoho. Ciri-ciri manusia yang mengidap menyakit sama macam aku ni selalunya akan study last minit. Contohnya esok nak exam, hari ni baru study. hehe..So far, penyakit ni belom lagi la membawa kemudaratan pada result-result aku. hahah.. (takda ke..?=..=")

Tadi, buat yang keberapa kali ntah, aku ulang tayang tengok movie Twilight series. Dari Twilight sampai Eclipse. Macam biasa, tengok movie hasil download. heheh.. Aku tengok movie ni pun sebab temankan member baik ni. Alang-alang memang filem feveret, join la sekali. Ok ! nampak disitu ye, penyakit aku kronik kan. Orang study, aku layan movie.

Perdebatan time tengok movie twilight series ni ialah siapa hensem? Edward ke Jacob? hahah.. budus kan.. and my answer is always Jacob. And aku sorang je yang cakap Jacob hensem. Yang lain ofcos Edward. Ok ! point kat sini bukan nak cakap pasal taylor Lautner or Robert Pattinson tu hensem ke tak. Tapi ialah kerana member-member aku kat sini suka reject taste aku yang memang suka sangat dengan lelaki rambut panjang. Yelahh.. Jacob kan rambut panjang dalam Twilight and New Moon. Sebab tu la aku suka. hohoho.. Tapi bila Jacob rambut pendek dalam New Moon and Eclipse, diorang tetiba cakap Jacob hensem pulak.


Aku tak tau la, sama ada aku ni memang ber'taste' pelik ke tak dalam melihat seseorang makhluk lelaki ni. Seriously, lelaki-lelaki yang berambut panjang memang sedap je mata aku memandang. Contoh la kan, kalau tengah makan luar ke, lepak-lepak ke, kalau ada je lelaki yang rambut panjang lintas/lalu, cepat je mata aku ni.. (mata keranjang kah..?)haha.. otometik mulut ni akan menyebut ayat azimat " ensemnye mamat tuh" dan terus di balas dengan muka ntah hape-hape member2 yang lain sambil menyebut "euwwww.."

Hampir keseluruhan lelaki lelaki yang hensem pada mata aku (ofcos rambut panjang) akan direject tanpa belas kasihan oleh member-member. Ntah ape-ape je diorang. Ok what lelaki rambut panjang. Macho jerrrr.  hahaha. Lepas tu kan, bila lelaki tu awalnya rambut panjang, pastu dia potong pendek, terus dah tak ensem bagi aku.haha. Macam aku dah set mind yang lelaki rambut panjang je hensem. Tapi jangan la rambut panjang pastu dress up macam orang gila/sakai/pelarian ke kan. kompem aku cakap tak ensem nanti. messy messy jugak, tapi jangan melampau, pening gak kepala orang yang memandang nanti.

Bila aku cakap aku suka lelaki rambut panjang, jangan ingat aku tak pernah suka lelaki rambut pendek. Pernah. Tapi mostly rambut panjang la. hahahha.. And aku pun takda mention pakwe or future husband aku mesti rambut panjang. Alaa.. just memuji lelaki-lelaki rambut panjang. Apede hal...

Tapi seriously ensem nya lelaki-lelaki rambut panjang. ngeh3 ~












p/s: Beautiful Is Subjective. Lain mata lain pandangan. Lain pandangan lain citarasa. :)

Thursday, April 14, 2011

myMetro : apa kaitan nyamuk dalam berita tu..?

Assalammualaikum ~

Korang dah baca surat kabo hari ni..? Hari ni aku macam malas la pulak nak beli surat kabo (macam selalu beli je kan). Aku ni bukan selalu pun baca surat kaba ni. Kalau kat rumah tu selalu la. Sebab ayah akan sentiasa beli Metro. Kadang-kadang tu aku baca surat kaba tu lepas 2-3 hari.. heheh..  Korang kalau beli surat kaba, mesti ada page yang korang mesti baca dulu kan. Aku pun gitu gak. Korang mesti ingat aku baca bab artis2 dulu kan.. tak la ! aku baca page global dulu. Pastu kalau kat metro tu kan page Ekstra tu pun aku suka.

So, aku kalau rajin sikit, aku baca je berita online. Macam hari ni, tengah rajin la ni, tu yang terbaca berita online ni. Macam selalu, aku memang pilih myMetro je. Sebelum baca, tengok tengok dulu tajuk-tajuk yang best kan. aku bukan baca semua pun. Ada la satu tajuk ni, memang macam excited la nak tau berita penuh. Tajuknya :


"Kereta terbalik angkara nyamuk"


Excited tak..? memang nak tau sangat la apa yang nyamuk ni dah buat sampai kereta ni terbalik.. (=..=)" . Bila baca je berita penuh, aik..? mana nyamuk..? takda pun pasal nyamuk. haisshh..

Berita penuh di click


Aku rasa, orang yang buat title ni mamai kot. hahaha.. So lepas ni myMetro kena la tengok tengok dulu tajuk dengan isi kandungan cerita before publish. Nanti malu sendiri. Metro kottt..

Ada yang baca surat khabar Metro..? Ada ke kesilapan sama macam myMetro.? Ada tak pasal nyamuk.?

p/s: aku memang tengah marah ngan nyamuk sebab sejak semenjak ni aku jadi kerakusan dia.. nyamuk !! i hate u !!

Saturday, April 9, 2011

SENTAP !! Jangan mencari terlalu sempurna

Assalamualaikum ~

Bila dah last sem ni macam biasalah, busy tak hengat. Semua final project nak kena submit on time. Tak boleh lambat, kalau lambat / tak sempat, alamatnya kita akan jumpa dan buat balik benda yang sama sem depan.. Tak mau gitu. So nak tak nak memang kena buat la kan. So kalau dah namanya final project a.k.a final asignment, kita kena la buat sungguh-sungguh. Banyak kot mark dia. Makin baik kita buat, lecture pun makin baik hati la nak bagi mark lebih kan. Artwork final project aku takda la cantek pon. Tapi kesungguhan nak buat yang terbaik tu adalah.. Sekurang-kurangnya aku takda la macam buat tak kesah sangat kan.. heeeee ~

Ok! hari tu aku ada terbaca sesuatu yang memang buat aku tersentap la sikit kan. Memang aku baca ulang-ulang untuk lebih paham maksud tersirat note tu. Cuba try mentafsir dari perspektif tersendiri. Cuba kaitkan diri aku sendiri dengan note tu. Adakah aku salah seorang manusia yang terlalu memilih..? salah kah kalau memilih ..? salahkah kalau kita inginkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita sendiri...?

Ce try korang usha note tu ok..

*****************************************


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

by Dr Fadilah Kamsah

*****************************************

p/s: renung-renungkan la heh.. tak salah memilih. tapi jangan TERLALU memilih. Kelak menyesal.

Saturday, April 2, 2011

Top 5 Maharaja Lawak

Assalamualaikum ~

Baru lepas tengok Maharaja Lawak kat Astro Prima. Memang best !  Majority memang kelakar habis. Cuma ada la seorang dua tu yang macam hampeh sikit sebab buat lawak yang memang tak kelakar. Adoyai.. Senarai top 5 pada aku yang memang best giler 
ofcos :

1. Jozan

2. Sepah

3. Balas

4. Nabil

5. Jambu

Dan aku rasa mereka2 ni la top 5 sepanjang episod kot..
heeee ~

Friday, April 1, 2011

Rintis Dimension USM

Minggu lepas (26-28 mac 2011), School Of Art, USM mengadakan satu event yang memang setiap tahun ada, iaitu RINTIS DIMENSION. Rintis Dimension ialah event yang mempamerkan hasil kerja pelajar pelajar final year dari Pusat Pengajian Seni USM. Tak semua student art USM terpilih untuk ke Rintis Dimension ni. Pameran ni hanya untuk best artwork je. So memang best la kalau terpilihkan. Event ni dah la diadakan di Times Square Penang. So, benefit la pada student final year yang terpilih tu. Selain boleh show artwork sendiri pada orang ramai, kemungkinan juga boleh menarik minat company-company yang base on art ke kan. Senang la dapat kerja nanti.

Artwork yang dipamerkan memang power la. Sebab tu la terpilihkan. Pointer diorang pun confirm best nanti. Huuu ~ Aku dipaham kan, mereka2 yang berjaya tempatkan diri ke Rintis ni, kira final project ni  'A' dalam tangan la kan.. best ! Final project ni 8 kredit hour tau. Kalau final project ni dapat 'B' or 'C' kemungkinan besar ia dapat destroy kita punya pointer keseluruhan (CGPA).

Ok ! pameran yang diadakan terbahagi kepada 4 bahagian. Ikut major la kan..

  • Graphic Communication
  • Product Design
  • New Media & Technology Design
  • Fine Art
Pameran yang dibuat pada tahun ni, keseluruhannya di Times Square Penang. Tahun sebelumnya tak tau plak buat kat mane. Tapi tiap tahun, lokasi event akan berubah la. Tahun aku kat mana la agaknya nanti.