Monday, February 28, 2011

apa makanan popular kat penang..? nasi kandar..? bukannn ~

setiap negeri kat Malaysia ni memang ada makanan yang patut kita try kalau singgah kat sesebuah negeri tu.. contoh la kalau datang Johor mesti kena try mee rebus tak pun nasi beriani gam kat batu pahat ke kan.. kalau terengganu plak, of cos la  kopok lekor ke nasi dagang ke.. kadang2 bila kita tengok2 balik makanan2 tu,kat semua negeri pun boleh dapat sebenarnya.. tp orang kate kalau kita makan kat tempat asal makanan tu, lagi pure la rase.. yeelaa.. contoh la.. kawan ni pergi holiday kat Terengganu kan.. confirm kena kirim kopok lekor punya.. padahal kat johor ni ada je   kopok lekor.. (contoh jer) 


macam aku la kan.. 3 tahun jer kat Penang ni.so peluang ni di gunakan untuk try suma popular food kat Penang ni haa.. (ecehh.. mcm dok obersea jerkkk..=..=") .. lepas grad balik johor nanti belum tentu aku datang lagi Penang ni .. (agaknya la) ..hahah.. sekurang-kurangnya nanti bila ada orang tanya tempat2 makanan popular kat penang nanti, tak da la aku blur sangat.. confirm sedara sepupu sepapat & member2 tau aku pernah dok penang.. so kalau diorang plan nak datang penang, mesti ada punya diorang tanye2 tentang penang kat aku.. so bleh la jawap dengan confident (=oo=)


so far makanan popular yang selalu orang cakap and aku selalu dengar yang ada kat Penang ni ofcos la NASI KANDAR.. tak pernah pun diorang cakap PASEMBUR.. padahal aku rase pasembur punya la popular kat Penang ni.. nak cari pesambur kat negeri2 lain agak payah jugak la ( kat mamak stall negeri lain, orang panggil rojak mamak)..nak compare antara rojak mamak and pasembur aku rasa memang lain la.. sebab kat Penang ni pesambur dia.. perghhh ! memang sedap giler.. hahah.. antara makanan yang best aku pernah try kat penang ni la...

before datang penang ni,aku tak tau pun tau ape tu pesambur.. punyalah jakun.. first try masa member aku ni bungkuskan pasembur untuk aku and my roommate.. dia cakap, baru lepas makan pasembur ni, so teringat kat kitorang and dia tapau.. mula2 macam teragak2.. yelaa.. tak pernah makan wehh.. tapi ambil jugak la.. dia  dah beli kot.. kalau tak ambil kecik hati plak kang... bila makan, sedaaappppp ! terus aku survey pesambur mana yang popular kat penang ni.. heeeee ~

so far ktorang memang ada port pasembur baik punye kat penang nih.. kat GURNEY ROAD.. yang ada food court banyak2 tu.... haaa~ kat situ la ktorang selalu pi pekena pesambur.. tapi tak selalu la.. agak2 free time & terasa mengidam tu, ktorang singgah la.. harga pun boleh tahan.. memang kenyang punyee.. lagi satu yang special kat situ, pakcik pasembur tu suka buat trademark dia time potong & curahkan kuah pasembur tu.. memang style la.. ramai kot orang yang rakam and ambil gambar pakcik tu time dia buat trademark dia.. hahahha.. pakcik tu memang sporting habis..

proses memilih..

pilihhh..

macam-macam ada ~

fokus pada pakcik di belakang..

pilih la banyak mana pun... makan banyak bayar banyak..

nyum..nyum.. sedapp !

pakcik pasembur.. kalau nak tengok trademark pakcik ni, meh la datang sini.. heee ~


* Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. (info from wiki)


* hanya pendapat & pandangan peribadi



Thursday, February 24, 2011

Blogwalking Lebih Mudah Dengan..


Dapat invitation dari tuan punya segmen, terus rasa nak join.. 
heee ~ 

untuk mereka2 yang suka blogwalking, jom la join...
keputusan dihujung jari anda (wakaka boleh..?)
klik icon diatas kalau mau join

SAYA NAK ! SAYA NAK !



Sapa tak nak  kan
heeeee ~
 cepat join ! last tengah hari ni..
for more info & kalau nak join klik SINI

jom join faceblog


akhirnya ~
join jugak aku faceblog nih..
memang niat nak join dah hari tu lagi, tapi busy and pastu lupa..
blogwalking tadi ada blogger yang join..
so kira macam ingatkan aku suruh join la..
heeee ~ 

meh la join
best ! 
nak join click SINI

Wednesday, February 23, 2011

students life (makan)

mostly student memang selalu tidur lambat. paling awal pun pukul 1pagi kot.. aku pun gitu gak.. lagi2 student art yang memang suka buat assignment last minit ni kan.. selalu jugak la tak tidur malam.. leka buat kerja, tengok2 dah subuh.. selalu tengah2 buat kerja tu, doa2 jugak dalam hati *jangan la siang..jangan la siang* bukan apa, sebab kerja tak siap lagi and kalau sempat dapat la tidur2 ayam kejap.. 1 - 2 jam pun jadi... tu la yang peratus ponteng kelas tinggi.. terlajak tidur la, kepala sakit tak boleh bangun la, tak pun memang plan tak nak pergi kelas.. heee ~ (sebab last tu memang selalu digunakan.. ish..ish..sila jangan tiru)


so bila dah berjaga tengah2 malam buta tu, confirm lapar punya.. kitorang (aku & member2) memang jenis manusia yang tak makan on time.. means orang lain breakfast pukul 7-9 pagi, kitorang breakfast pukul 12-1ptg.. orang lain lunch pukul 12-2ptg, kitorang pukul 4-6ptg.. orang lain dinner pukul 8-9mlm, kitorang dinner  pukul 12.00tgh mlm dan keatas.. hahahha.. sangat teruk !! benda ni selalu terjadi time kitorang free, maksudnya time takda kelas..tapi bila ada kelas makan ikot time jugak la.. yela... kadang2 balik kelas pukul 1, kitorang terus pergi makan, malas nak keluar2 lagi kan.. tapi time makan malam tu memang time selalu macam tu la..kecuali antara kitorang memang dah kebulur tahap tak bleh kawal punya...

makanan2 yang selalu kitorang makan pulak kebanyakkanya makanan yang sama jer.. balik2 nasi kandar kat Subaidah tu, tak pun makan je kat cafe bakti permai ni haaa...kalau rajin sikit,kitorang pergi makan kat luar USM, macam kat Tesco sungai dua tu ke.. makan kat warung makcik pecel ke.. makan kat Nazri yang dekat ivory plaza tu ke kan... kalau nak jauh lagi, kitorang pergi makan Gurney Road, tak pun makan kat padang kota ke, kat restoran yang sebelah bukit jambul tu pun ktorang rajin gak singgah... pusing2 tu je la.. menu pun sama je semua.. aku tengok la kan, kat penang ni susah sikit la nak cari makanan masakan melayu ni.. nasi kandar banyak la.. tapi tak tau la kan.. maybe aku belum habis explore penang ni lagi kot..

kalau agak2 malas nak keluar bilik plak, ktorang just layan maggi/roti2/biskut2 jer.. hehehhe.. stok makanan2 tu memang sentiasa kena ada la.. tak pun ktorang delivery mcD ke.. biasa delivery malam... tapi delivery ni macam mahal sikit.. so sekali-sekala bolehla..kitorang pun nak jimat jugak.. lagipun muak kot kalau nak makan mcD tu tiap hari.. so far kat sini, belum pernah lagi aku kebuluran atau kata sopannya 'ikat perut' sebab tak makan... alhamdulillah la.. tapi ada jugak yang taknak makan sebab nak diet, tak pun berjimat..

Gitu la life student tiap hari.. nak masak pun dapur takda..duduk hostelkan..tapi ada jugak hostel2 yang ada dapur ni.. bestnyer.. buley main masak2.. ngeee~ tapi tak sure USM Kampus Induk ni ada ke tak dapur.. sebab kat sini 1 bilik 2 orang.. tapi microwave ada.. so ktorang memang kena sentiasa membeli jer... kena pandai2 la belanja makan.. yelaa.. duit PTPT-pu yang kita dapat bukan untuk belanja makan jer.. banyak lagi benda lain.. buat assignment lagi, tu semua duit tu..

makanan di tengah malam


~ kitorang ~


Tuesday, February 22, 2011

Kena culik ketika berkempen ?? ~

tadi ialah hari mengundi calon mpp kat USM ni.. ktorang takda la di wajibkan nak pergi undi2 ni.. tapi ntah kenapa, terasa macam wajib plak.. tapi tak pe.. pengalaman tu.. lagi pun ni first experience pergi undi mengundi ni.. hehehhe.. lepas2 ni tak da la macam jakun sangat kan.. of cos la aku undi calon yang boleh pakai.. kekekeke.. yeahhh !

berita surat kabo yang tak bleh blah hari ni
::
::
::
student UM hilang ketika berkempen.. 

tak tau ape perasaan yang sepatutnya aku rasa bila baca berita ni, terkejut, kesian, kelakar, dahsyat, perasaan euwww.. urmmmm.. ntah hape2.. lepas ni aku rase semua calon MPP semua universiti kena ada bodyguard la.. tak pun sewa je pak guard selama dalam tempoh edah berkempen.. senang ! keselamatan confirm terjamin..

Berita Penuh

Siswi UM hilang ketika berkempen


KUALA LUMPUR: Seorang calon Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang akan bertanding merebut kerusi umum dalam pilihan raya kampus hari ini dilaporkan hilang ketika berkempen.
Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, Masturah Abu Bakar, 22, sedang berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM bersama rakannya.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, ketika kejadian pelajar berkenaan sedang mengadakan program kempen dan berpisah dengan rakannya selepas memaklumkan ingin membeli kad tambah nilai. “Selepas beberapa lama menunggu, Masturah tidak muncul dan rakannya cuba menghubunginya, namun gagal.


“Gerakan mengesan Masturah dilakukan kira-kira enam jam dengan bantuan penduduk setempat, namun menemui jalan buntu,” katanya.

Wan Abdul Bari berkata, rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai jam 12.20 tengah malam, semalam.

Harian Metro difahamkan Masturah ketika berkempen memakai baju kurung batik merah jambu, bertudung merah jambu, kulit berwarna sawo matang bercermin mata, mempunyai ketinggian lebih kurang 173 sentimeter dan berkot labuh hitam.

kredit to HARIAN METRO


masa otw mengundi tadi sempat ambil gambar.. heeeeee ~










Sunday, February 20, 2011

10 website paling popular di dunia

Tiap kali kita online,mesti ada website yang wajib kita bukak.. sambil buat assigment sambil online.. benda wajib tu.. kadang2 terpikir sendiri website ape yang selalu orang ramai jenguk..mesti kaya kayap owner website tu, duit masyuk jer.. huuuuuu~

ok ! kat sini ada list top 10 website paling popular di dunia

1) Google
website terbaik untuk mencari maklumat. ape2 maklumat je la..just taip je keywords.. aku memang selalu guna google ni.. untuk buat assignment dan cari info merepek. Google ni penghubung untuk ke website2 yang lain. memang bagi kita senang la nak search ape2 pon..

2) Facebook

social networking paling popular. semua golongan ada akaun facebook ni. dari budak 6 tahun, sampai la pakcik makcik yang dah pencen tu.. facebook ni antara akaun website yang paling aktif yang aku ada sekarang.. tiap hari bukak wooo ~

3) Youtube
website untuk mereka2 nak tengok video/movie/drama/ ape2 je la.. senang nak share video kita nanti..

4) Live
kegunaan dia lebih kurang macam google.. tapi tak brape famous macam google la.. aku tak pernah guna live ni.. maybe kat malaysia kurang kot penggunaan website live.com ni.. urmmm ~ 

5) Yahoo

tak tau kenapa, aku tak brapa suka search info kat yahoo. Yahoo macam kurang sikit maklumat kalau nak dibandingkan dengan google. tapi tak tau la kan.. maybe ada mereka2 yang lebih suka search info kat yahoo ni.. tapi email aku memang pakai akaun yahoo.. heeee~

6) MSN


antara web page yang aku jarang bukak.. heehehhe..

7) Wikipedia

haaaa.. info kat sini memang best.. dan kebanyakannyer tepat.. aku kalau nak cari kerja2 assignment, pegi je kat website ni.. and aku pernah copy&paste je info dia.. hahahahah.. shhhhhh ~ (sila jangan tiru perangai saya)

8) Blogger

yeah.. ramai kot blogger sekarang.. berjuta-juta lemon. best sebab boleh story-mory pepanjang and share info dengan lebih detail... syiokkk !

9) Myspace


aku ada akaun myspace ni, tapi memang dah tak aktif lagi.. terbengkalai gitu jer..habis madu sepah dibuang sejak2 berkenalan dengan incik mukabuku.. ekekkeke..

10) Rapidshare

website paling senang untuk men'download' lagu/video klip lagu/video even movie pun boleh.. tak payah susah2 nak install LIMEWIRE ke ARES ke kan.. 


* info top website tu dari Most visited Websites in the World-Most Popular Websites in the Internet| Best Sites on the Web
* kata2 tambahan tu hanya pandangan dan pendapat peribadi  :)
* picture from incik GOOGLE

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


meh la join segmen ni.. 
best !
simple jer..
click SINI kalau mau join
cepat malam ni last !

pangkah jangan tak pangkah ~

sekarang ni tengah musim pilihanraya uni, and tak terkecuali jugak la Universiti Sains Malaysia (Kampus Induk) ni.. macam -macam gelagat dan cara calon2 MPP ni untuk menarik undi.. memang banyak la kertas yang tayang muka diorang bergantung2 kat pokok la, cafe, school, desa, even luar pintu U.. memang agak semak la mata memandang.. tak cukup dengan tu, diorang wat kempen mengundi sekali.. round2 setiap desa dengan laungan slogan diorang.. memang nampak sangat semangat.. bagus jugak diorang wat macam tu, nampak la siapa  yang bersungguh2 nih.. hehehhehe..

and aku ofcos la akan undi mereka2 yang betul2 hensem berhak di undi.. hehhehe..lagi pun first time ni nak undi2 ni.. calon2 nya pun tak berape tahu sape.. actually tak amik port sangat bab2 ni.. ada jugak antara calon2 tu aku kenal dan tahu la serba sedikit tentang beliau.. so nilai dari situ jer..

ok! tarikh undi 21 feb 2011, senin bersamaan dengan besday my luvly roommate,  means besok la.. ape surprise nak buat untuk dia ek..?

my luvly roommate a.k.a my best prendz

*tunaikan tanggungjawab anda sebagai pemilih*
MPP Universiti Sains Malaysia

Wednesday, February 16, 2011

pisang kembar siam

selalunya bila balik kelas, ktorang memang suka singgah kedai buah-buahan kat cafe bakti permai ni.. lepas tu macam biasa, aku kalau tak buah jambu batu tu, buah nenas je la selalu beli.. hahah.. tapi hari tu, member aku ni ada nampak buah pisang yang ala2 kembar siam gitu.. melekat 2.. member aku ni kata benda ni biasa2 je.. tapi disebabkan aku ni first time nampak, so agak ke'jakun'an la ckit.. hahah..




ada fakta yang agak mengarut dari member aku ni, if makan benda2 kembar macam ni, peluang dapat anak kembar ada... hahahhaha..dari mana ntah dia tahu benda ni.. "kata orang tua2" katanya.. aku pun tak tau betul ke tak, sebab tak pernah dengar.. tapi macam tak logik jeeeeeee..

Tuesday, February 15, 2011

wayang kulit vs senamrobik

Minggu lepas memang minggu yang sangat busy.. training teater, training senamrobik, kelas, assignment, test.. fuhhh ~ memang full 24/7.. hope this week free sikit.. tp ofcos assignment makin bertambah, dan tak pernah berkurang..

ok ! semalam school of art USM ada buat hari terbuka.. and aku dengan rasminya ada buat show kat event tu la.. cehhh ! bukan show ape pun.. aku selaku pelajar yang amik minor teater ni kena buat 1 performance untuk mereka2 yang hadir time tu.. kitorang buat performance wayang kulit.. perghh ! tiap malam tu ktorang ada kelas a.k.a berlatih dari hari selasa last week sampai ahad pukul 8 - 11 mlm.. tapi hari jumaat tu aku ponteng.. hahah..

main wayang kulit tak semudah yang dibayangkan.. memang mencabar gak la..tp fun.. aku suka !.. semalam ktorang buat performance 2 kali, 10.00pagi and 3.00petang.. sambil tu kena curi2 masa nak jumpa lecturer sebab nak tunjuk assignment artwork lagi.. huhuhu.. alhamdulillah.. semua tu dah settle.. kira macam tiap2 malam pergi kelas tu dah berbaloi la walaupun ada jugak lari tune ktorang punya music wayang kulit tu.. especially music hulubalang yang bertukar rentak last minit.. hahhaha.. selain HULUBALANG music yang lain ialah PAK DOGOL, LAGU BERTABOH,SRIRAMA, PERANG.. huhuhu..

menunggu untuk mula

dah start

sempat posing before start performance

yeahhh posing dolu ~

adik2 yang mau cuba try test

happening gila time nih.. best!

en farhan bagi arahan

with adik2 yang cuba try test tadi..(besar2 btol budak2 sekarang ni ek)

anak classmate aku.. kak afzan.. comey kn..

bff yang support.. uols mmg best !

picture wajib :: posing dengan gedombak

tapi seksa tak habis kat situ je.. petang tu pulak ada test senamrobik untuk ko-k..memang aku asyik lupa je step dia..banyak minum air semut agaknya..ahahha..aku antara yang teruk gak la dalam group tu..hahhaha.. kayu !! baru suruh senamrobik dah fail.. belum suruh dance lagi.. hancuss !

yang senamrobik ni, group ktorang memang ada buat latihan.. hari jumaat, sabtu & ahad kt desasiswa Tekun.. jauh kott.. senamrobik ni aku tak brape nak gemar sebab penat gila.. tapi nak buat macam ne kan.. mase daftar ko-k dulu yeye je pujuk2 staf ko-k tu nak jugak senamrobik ni, sebab pendaftaran senamrobik ni memang dah full.. bukan senamrobik je, semua subjek ko-k full.. tu la padahnya daftar last minit.. tp last2 dapat gak dengan kuasa rayuan & pujukan ayat2 manis..wakakakka.. lepas ni memang kena daftar awal.. next sem plan nak ambil GAMELAN.. yeahhh !!


-SALAM MAULIDUR RASUL-

Tuesday, February 8, 2011

3 jam kat terminal bas larkin & 12 jam dalam bas ke penang.. haiyooo ~

hari ni hari yang paling penat sepanjang tahun arnab ni.. huh !.. (eceh.. pdhal baru awal tahun). penat menunggu, penat duduk, penat tido, penat risau, semua la..gila tak gila la kan..  3 jam tunggu bas kat terminal larkin tu.. bas sepatutnya sampai pukul 10malam, tunggu punya tunggu, last2 bas sampai pukul 1.30pagi.. mau tak keras aku kat terminal tu.. dengan mak & ayah sekali ada temankan aku menunggu kat terminal tu.. kesian diorang.. kalau lambat setengah jam ke satu jam ke, boleh la terima lagi.. ni 3 jam.. nasib baik family echa ada sekali time tu (memandangkan echa naik bas sekali dengan aku, so dia & family pon dok menunggu bas bertuah tu).. so aku control2 sikit nak ngamuk2 ni.. kalau tak da.. urmmmm ~

 menunggu dengan sabar..belakang tu echa & family

 kesian ngan mama, ayah & aiman.. tunggu sampai pukul 1 lebih..

mood budak buncit dah ok after ayah bawa makan KFC.. (ps: tengok pipi dia.. budak baik memang kene ad parut..) wakakka..

 sian adik kakak ngantok..

tunggu bas yang tak muncul2

sampai je bas yang di tunggu2 kat terminal larkin tu, aku lega la jugak..ok la dari tak datang2 langsung..kat tiket tulis bas transtar coach express, tapi sampai bas MARSUPIALS.. tak tau la kalau bas tu under TRANSTAR ke kan..  masuk je bas aku ngan echa konfius kejap.. seat ktorang dah ada orang duduk.. aikkk.. tanya orang tu, dia kata tu memang seat dia.. hadoi.. blur skejap.. last2 ktorang duduk je seat kat belakang seat yang sepatutnya ktorang punya.. malas nak gaduh2 pasal seat2 ni pepagi buta.. duduk kat seat belakang tu dengan takda perasaan bersalah lansung, doa jer hope takda orang claim tu seat diorang plak.. kalau ada orang claim, tu memang bleh buat gaduh.. yelaaa... tak kan aku ngan echa nak duduk atas lantai bas plak... last2 takda orang cakap tu seat dia, naseb baik.. duduk dalam bas borak2 jap ngan echa dan yang aku perasan, bas tu gila laju.. echa sempat pesan suruh mengucap sebelum tidur.. kecut perut aku.. aku pun mengucap n pejam mata.. nak bagi tidur biar rasa takut tu hilang.. ngeeeee ~

sedar2 je dah siang.. tengok jam pukul 7.20 pagi.. tapi kat tapah lagi..  ok la tu..  bayangkan berapa lama diorang amik masa dari tapah ke Penang.. 6 jam..!! bukan sebab bas tu slow ke hape, tapi dia pusing satu utara dulu.. gila..! singgah parit buntar, singgah kulim, singgah bukit mertajam, singgah butterworth, semua tempat la dia singgah..huh..! dengan takda berhenti untuk breakfast & lunch.. last berhenti kat tapah tu la.. tu pun untuk membuang... urmmmm...

tapi apa2 pun, alhamdulillah la aku & echa sampai dengan selamat kat USM ni.. walaupun terasa kematu lelama dalam bas.. and aku rasa ni lah first and last aku naik bas under TRANSTAR ni.. memandangkan bas yang selalu aku naik dan bas2 yang lain memang full, so terpaksalah naik bas ni.. lepas ni better naik bas yang memang kita biasa dah naik..


 bas bertuah kami

with echa..(pucatnya bibir saya)