Monday, July 18, 2011

Engkau LOSER !!

Assalamualaikum ~

Tidur sebelum pukul 12 dan bangun sebelum subuh adalah benda yang memang jarang-jarang aku buat. Tapi hari ni aku terbuat.. hahahha.. Ni semua gara-gara sakit kepala malam tadi then tersedar pukul 4 pagi sebab teringat aku ada download movie. Punya la mengelabah memikirkan laptop menyala lama dan excited bila movie dah settle download. hehe. Tapi tak leh bukak la pulak ! sh*t ! membazir karen betul lah !. Ingatkan nak terus je layan movie tu pagi-pagi buta ni. Dengan hati panas membara, terus shut down laptop then sambung tidur balik.

Tapi aku tak boleh tidur balik. Entah kenapa, aku terlalu memikirkan sesuatu yang sebenarnya remeh temeh, tapi  aku sengaja menganggapnya besar dan sangat menyesakkan hati dan otak. Satu perkataan untuk aku ialah 'LOSER!'. Aku malu pada orang ramai. Malu pada mak ayah. pada adik-adik. kawan-kawan. Dan yang paling penting aku malu pada diri sendiri. Hurmmm..

Mengeluh dan mengeluh. Tersenyum tapi sebenarnya sakit. Terfikir kenapa susah sangat hidup. Mati..? oh tidak..aku dapat rasakan ianya akan lagi susah dari hidup. Nasib baik aku masih memikirkan itu, Aku masih ada iman.

Terlalu memikirkan kesempurnaan, mungkin itu masalah terbesar aku. Terlalu inginkan kehidupan yang maha sempurna, Tapi terlupa, aku sendiri tidak sempurna. Membuat peraturan untuk diri sendiri dan orang lain, tapi tanpa sedar aku sendiri yang melanggar peraturan. Mengganggap sesuatu itu lah yang betul dan tepat, tapi itulah lah yang paling salah.

Mengalah dan terus kalah, sifat yang aku paling benci, Tapi sifat itulah yang tertanam subur pada diri aku sekarang. Nampak sahaja macam manusia yang paling kuat hati dan semangat. Tapi sebenarnya sangat lemah.. lembik !! Sentiasa takut .. Takut salah, takut sesat, takut hilang, takut gelap, takut itu, takut ini. Kenapalah mesti ada "takut".

Dalam diri seolah-olah ada 2 roh berbeza yang mengawal jasad. 2 hati yang satunya inginkan itu dan yang satu lain inginkan itu pula. Yang satu lagi terlalu memaksa dan satu lagi suka berserah. Yang satu terlalu inginkan kesempurnaan dan yang satu lagi mengikut ketentuan. Dan aku pula seolah-olah cuba mengikut keduanya. Tapi ada sahaja yang tidak kena. Aku sentiasa menoleh kebelakang dan mencari kesilapan dan kesalahan sendiri. Cuba meng'ia'kan yang salah dan cuba menidakkan yang betul. Lampiaskan kesalahan, kesilapan, kekurangan dan amarah pada orang yang tidak tahu apa-apa.

Sampai bila..

Sampai bila Nabila..? Sampai bila engkau nak jadi seorang yang kau anggap LOSER itu....

No comments: